Khamis, 1 Februari 2018

YASSIN

Malam itu macam biasa kami ada buat majis bacaan Yassin (aktiviti mingguan) di Surau Kolej Manukan. Aku sudah bagi tau imam ( Ustaz Ashley Josley ) untuk mengetuai majlis pada malam tu. Nda ramai sebab kebetulan cuti semester yang tinggal hanyalah pelajar interim dan ada 3 orang pelajar Dpim yang peraktikal. Biar sikit. Alhamdulillah.

Selesai Baca Yassin. Kami Solat Isyak berjemaah. Malam itu rezeki bagi pelajar - pelajar yang turut serta kerana ada hamba Allah datang hantar makanan. Tidak order pun. Tapi mungkin dia tahu kami ada buat baca yasin di surau. Mee Goreng + telur mata dan air bandung. Alhamdulillah. Semoga rezeki mereka dibuka seluas² dan tidak putus². Aamin.

Masa makan tu, aku hanya minum air bandung yang disediakan. Sambil duduk bersama dengan pelajar² tu aku sempat bersembang dengan mereka dan menginggatkan mereka untuk datang bersama - sama ke surau untuk mengimarahkan surau memandangkan tiada pelajar lain yang berada di Kolej selain daripada mereka. Mereka masing² menganggukkan kepala tanda faham dan mengiyakan apa yang aku katakan. Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk datang ke surau solat berjemaah.

Aku tengok HP. Buka wasap group famili. Uikss..rupanya durang adik aku sudah sampai di rumah. mereka masih tunggu aku dalam kereta. Aku minta diri daripada kumpulan pelajar yang masih berada di surau. 

' Jumpa Subuh nanti ' aku sempat meninggalkan pesanan ringkas pada mereka.
' Ok sir ' jawab mereka.

Malam itu, kami bersembang 3 orang anak beranak. Alhamdulillah. Diberi kesempatan berjumpa denga permaisuri hatiku. Terubat juga rasa rindu pada mama ku. Malam itu juga baru TV di rumah tu ber'on' selalunya tidak sebab aku memang nda tengok tv sejak dua menjak ni. 

Jam 3 pagi. Aku terjaga. Iman lemah. 'awal lagi' bisik hati kecilku.

Syukur juga aku masih dengar azan di HP tu. Kelam kabut aku bangun. haha.

Bersiap dan terus gerak ke Surau Manukan. Alhamdulillah.

Jemaah bertambah, biasa hanya 2 atau 3 orang tapi subuh tadi ada pertambahan sebab pelajar - pelajar tadi join bacaan Yassin ada sekali. Semoga mereka terus istiqomah untuk datang ke surau pada hari - hari berikutnya. Aamin.

Ahad, 28 Januari 2018

LADA OH LADA !

Alhamdulillah.

Bak kata orang.

Berbudi pada tanah akan dapat hasilnya.

Nah!!! Lada ni dulu aku hambur hambur saja dalam pasu tu. Lada lebihan yang nda sempat diguna sebab keadaan lada tu mau buruk. Tapi sekarang ni...alhamdulillah biar buruk tu bibit lada.

Subhana Allah.

Tumbuh pokok lada yang subur dan baru saja berbuah. Lada padi yang fresh dan boleh dipetik bila bila saja. Hehe.

Jimatlah sikit dari beli lada...sebab sekarang ni rata rata penjual lada durang jual RM2.00 satu tompok. Macam nda berbaloi bah tu harga. Tapi apa boleh buat sebab lain juga rasa dia kalau aku makan tiada lada.

' siapa makan lada dia rasa pedasnya ' 

Perumpamaan tu tiada kaitan dengan siapa². haha. Cuma saja letak sebab ada perkataan lada. Haha.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Alhamdulillah. Subuh tadi sempat solat berjemaah di Masjid Bandaraya.

Selesai solat subuh. Ada kuliah subuh seperti minggu minggu sebelum ini.

Kedengaran suara imam perlahan mengumumkan Majlis Ilmu yang akan diadakan pada jam 8 pagi sampai 12 tengahari hari ini.  Mentafsir surah as sajaddah.

Melepas. Rasa rugi.

Aku kena patah balik ke rumah sebab aku nda bawa baju standby dan satu lagi aku mau cuci baju yang berlonggok di rumah.

Selalunya aku akan bawa baju extra di kereta. Tapi nda pada hari ini.

Plan in sya Allah akan datang balik ke MBR waktu solat maghrib. Biasa ada kuliah maghrib. Semoga dipermudahkan.

Selamat berhujung minggu.

Sabtu, 27 Januari 2018

SIR TUNGGU SIAPA?

KAFW

' Sir tunggu siapa ? '

Hanya dari bangku ini. Banyak cerita yang diceritakan. Banyak kisah yang dikongsikan.

Banyak kenangan manis yang ditinggalkan.

Aku akan cerita. Bila aku sudah bersedia.

Jumaat, 26 Januari 2018

DOA SELAMAT & TAHLIL UPK

Alhamdulillah. Selesai solat Jumaat tadi kami ada sedikit Majlis Doa Selamat dan Majlis Tahlil. Aktiviti yang unit kami lakukan tiap awal tahun. Syukur juga idea yang mula dicetuskan dari sembang² kosong beberapa tahun lepas menjadi kenyataan.

Kali ini tuan rumah di buat di UPK Mantanani. Macam biasa bab makanan kami akan buat pot luk. Meskipun pot luk tapi dia punya banyak memang karau juga mau kasih habis tu makanan. haha. The power of pot luk.

Syukur Alhamdulillah sebab kami dapat berkongsi rezeki bersama - sama.

Semoga tahun ini semua urusan pekerjaan dipermudahkan oleh Allah Swt. Semoga mendapat keberkatan dan yang paling penting mendapat keredhaan Allah SWT.

Tahlil disekalikan dan doa dipanjatkan buat insan² tersayang dalam ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah. Alhamdulillah semoga sampai doa2nya kepada arwah.

Semoga dipermudahkan.


* Nda sempat ambil gmbr :)