Selasa, 24 Julai 2007

KERETA...PASAR & MESEJ...

Pagi tadi lebih kurang jam 5 pagi aku plan nak pegi pasar...tapi masa nak start enjin ...kereta buat hal lah pula...perggghhh !!!

...nasib baik semalam masa aku isi minyak kereta tidak buah hal, kalau tidak 'koyak' aku di tengah - tengah jalan...hehehehe!!!

Then time pagi tu juga aku terima mesej...aiks sapa pula yang mesej aku pagi - pagi buta nie..tanya aku pasal 'persahabatan'...masa aku baca mesej tu terlintas juga di fikiran aku, dia ni nak tanya pasal aku kah? blurr !

nasib baik bukan pasal aku, pasal dia ngan kawan dia yang lain...selamat aku hehehehe !!! bah..dia tanya aku adakah aku percaya akan persahabatan akan kekal selamanya?

Aku pun jawab..'iya..tapi persahabatan yang ada keihklasan'...betulkah? ermm aku yang mamai - mamai lagi masa tu...sebab 'ter' tidur pula sebab tidak jadi pigi pasar...hehehe!!

Tiba - tiba teringat pula aku pada kawan aku..sebab dia ada lekat nota kecil pada buku kecil yang selalu di bawanya ke mana saja dia jalan...

Asas Ibadah adalah Niat...Asas Kemesraan adalah senyuman...Asas Perhubungan adalah keserasian...Asas persahabatan adalah keikhlasan dan Asas Kehidupan adalah perjuangan

ermm masing - masing ada persepsi masing masing tentang persahabatan...cumanya sedih juga kalau ada kawan yang makan kawan...

adakah? entahlah !!!


PS : Terima kasih kepada semua kawan - kawan aku...:)



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Persahabatan......

Asas Ibadah adalah Niat...Asas Kemesraan adalah senyuman...Asas Perhubungan adalah keserasian...Asas persahabatan adalah keikhlasan dan Asas Kehidupan adalah perjuangan

Saya suka nota ni.....

Bayukk berkata...

saya pun suka nota ini...