Isnin, 13 Ogos 2007

Aku Dan Komputer


Dahulu
aku & komputer terlalu asing
tak tahu mana nak mula dulu
takut nak tekan 'enter'
entah kenapa...

Sekarang
Aku & komputer tak boleh berpisah
Ada saja masa ku bersamanya
Ada saja yang aku buat dengannya
klik sana klik sini
Itulah kerja ku hari - hari
Kalau tak klik aku tak tau apa nak jadi...

**************

Teringat aku semasa kami berada di makmal komputer, Tahun 1997...hampir sepuluh tahun yang lalu...masa tu aku pelajar baru di ITM KK dan ketika itu juga aku baru cuba - cuba untuk mendekati komputer...semangatnya kami masa tu, kalau sekarang rata - rata pelajar IPT semua punya 'laptop' & komputer sendiri...dulu mana ada.

Sedang aku asyik menekan - nekan abjad di keyboard untuk menyiapkan 'kerja rumah' yg diberikan pensyarah...kawan sebelah mengelabah.

Kaffali kenapa nie?...sambil melihat skrin komputernya yang gelap tiba - tiba
Apa yang ko tekan tadi...soal ku
Tiada apa - apa...jawabnya
Bah ! jaga lah ko...seloroh ku sambil melihat reaksi mukanya yang sedikit resah

Jadi macam mana lah ni...
kawan ku bertanya lagi
mana ku tahu...jawabku

kemudian aku teringat pula iklan lama...dengan perlahan - lahan aku katakan padanya...

...selamat datang ke alam Maxis

Wajah kawan ku sekali lagi berubah...tapi kali ini ada senyuman terukir di wajahnya...tapi aku lupalah pula apa endingnya...

7 ulasan:

blackpurple berkata...

Aku dengan laptop bagai lagu dan irama, kalau dipisahkan pincanglah lagu tempanglah irama..ha ha ah...

Zaman ICT beb!

Azhar Ahmad berkata...

Biasalah tu.. Di awal pembelajaran... Saya kenal komputer sejak darjah 6. Duduk di kampung, hanya komputer di Pejabat Felda jadi mangsa....

----

ITM KK? Hohoho, di depan laut di belakang gunung. Tempat yang sentiasa berangin... Pernah sampai sekali sahaja....

So'od berkata...

kenal komputer awal 90an..
takut juga..
org ckp senang meletup..
heheh..

Bayukk berkata...

salam kak Su

...erm ! srkg memang zaman IT, tapi tak akan ku lupa mula - mula aku blajar menaip...pada 'mesin taip'...:p

Bayukk berkata...

Salam enchek Azhar...

pernah dtg ke ITM KK kah?...erm ! skrg ni view tak banyak berubah...

...dtglah lagi...

Bayukk berkata...

Salam Dr. so'od

hahaha...betul tu...itupun salah satu sebab...:)

Purpleheart berkata...

Bayukk,
samalah ngan kak su.. sejak kat rumah ni ada streamyx, sehari tak tengok macam setahun rasaenya..

isy isy isy, macam orang bercinta daaa..