Sabtu, 11 Ogos 2007

Bila Aku Terkenang...waktu dulu

Masa tu, aku terlalu excited dengan kerja baru aku...kena - kena lagi aku keja ngan shif…biasalah keja kilang.

Masa Shif pagi
Kalau time nie aku kena bangun awal…jam 4 pagi dah ready sebab nak kena tunggu bas…

Masuk keja jam 6 pagi balik keja 5 petang..balik keja sampai umah rehat kejap, mandi...makan & borak – barak ngan makcik & sepupu aku…kalau larat tengok berita atau drama…kalau memang aku dah ‘kong’..aku terus tidur. Itulah antara aktiviti yang aku lakukan selama seminggu ngan waktu keja shif pagi.


Shif petang
Erm ! ni aku kena masuk keja jam 5 ptg, tapi kena tunggu bas jam 4.30 petang...dulu area bandar sandakan tu, kalau ada orang pakai baju hijau yang ramai – ramai menunggu di bas stesen depan Milimewa yang baru dekat tapak pasar lama tu...memang kami lah tu..

Shif malam
Time aku shif petang & shif malam…aku pegi kelas komputer, ambil kesempatan jugalah…belajar sikit – skit..hehehe !

Shif malam ni agak berat skit, sebab masuk keja jam 12 tgh malam dan aku akan tunggu bas jam 11.30 malam…aku akan di kejutkan oleh makcik aku...time – time nie aku rasa macam tidak larat aku nak bangun sebab sudah kesedapan tidur dan masa ni jugalah aku terfikir nak berhenti kerja tapi itu bukan pilihan yang bijak.

Perlahan aku bangkit dari tempat pertiduran ku…ku gapai tuala, bersiap untuk pegi keja…dan membawa ‘bekal’ minuman ku..kopi panas

Kerja di kilang nie banyak juga pengalaman yang aku dapat dan itulah juga antara pengalaman yang tidak mungkin aku dapat di mana – mana. Bila aku terkenang...terasa susahnya untuk mencari duit...

Itulah cerita lama...bila sesekali terkenang, best juga rasanya tapi terasa cepatnya masa berlalu...

3 ulasan:

zabs berkata...

Salam Bayukk,

Pengalaman adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Tanpa pengalaman pahit, kita tidak akan bersimpati dengan orang yang mengalami perkara yang sama. Kita pula akan serik untuk melakukan perkara yang sama semula. Pengalaman manis, menjadi pendorong untuk lebih bergiat lagi. Dapat pula memberi pedoman/ nasihat kepada yang ingin mencuba.

Begitulah bernilainya pengalkaman, yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan.

Bayukk berkata...

Salam Uncel zabs.

setuju ngan apa yang uncle zabs katakan, kerana pengalaman lalu banyak mendewasakan kita...

So'od berkata...

sokong cakap uncle zabs & kamu.. :)