Rabu, 15 Ogos 2007

Bisakah...

Benar...memang benar kita tak boleh lari dari masalah...dan kita perlu juga untuk menghadapinya dengan cara apa sekali pun.

Teringat kata Bos aku...dia kata banyak mana masalah kita, kena selesaikan satu - satu...maka masalah itu akan berkurang...bukannya kita asyik bercakap .."alamak ! banyak masalah lah..."
Terserah pada individu itu bagaimana dia melihat & mengatasi masalah itu.

Kekadang masalah atau apa jua yang kita hadapi kini...secara tidak sedar ianya akan lebih mematangkan kita untuk menghadapi hari - hari akan datang. Tapi bukan semua dapat menghadapai situasi sebegini. Dan ketika ini jua lah kita perlukan sokongan bagi meneruskan atau bagi menguatkan semangat kita untuk terus mengharunginya. Tanpa sokongan dari insan - insan yang kita sayangi seperti keluarga dan teman...itu yang kadang kita hilang kekuatan.

Aku, kau dan mereka atau sesiapa jua selagi kita ini bernama Manusia...kita punya masalah masing - masing dan tuhan menjadikan masalah itu mengikut kemampuan yang boleh di tanggung oleh hambanya...kerana jauh di sudut hati kita akan mengatakan pasti ada hikmah di sebaliknya...InsaAllah.

Pagi - pagi ini, aku tak nak beratkan fikiran...dan semalam aku ada terima mesej dari rakan di Friendster aku...tapi ini bukan cerita pasal masalah...cumanya bila kita baca...aku pasti kita akan senyum sendiri...dan mudah - mudahan dengan sedikit senyuman itu akan memberi ruang kepada kita untuk melihat dari ruang mana kita bisa menyelesaikan masalah kita...dari terus bermuram durja...hehehe !!!!

Macam pernah ku baca mesej ini tapi di mana ya..( jika ada sesiapa yg dah pernah baca mesej di bawah ini...buat - buat jer senyum k...) hahahaha !!!

"Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan komputer tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

" Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

"Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

"... bila hidupmu dlm kegelapan, "
Maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa,
jika kegelapan masih mengelilingimu
maka
bayarlah bil letrik yang tertunggak...


PS - ukirlah senyuman kerana senyuman itu adalah satu sedekah, kerana dengan senyuman itu juga akan membuatkan orang lain merasa bahagia...moga - moga kebahagian akan mengiringi kita di mana jua kita berada...amin !

6 ulasan:

Mak Su berkata...

baekkk.... (cakap mcm cincan)

Bayukk berkata...

Salam Mak su
heheheh...kan baekk ( cakap macam sincan ) kalau macam nie...:)

zabs berkata...

Salam BayuKK,
Terima kasih kerana kongsi mesej tu, dapat tumpang senyum.

Azhar Ahmad berkata...

Hummmm itu tandanya kamu perlukan seseorang disampingmu.... Hummm, kamu sudah berkahwin... Jarang orang lelaki ada masalah sebegini.... kalu yang dah berkahwinlahhhh

Saya, lambat lagi....

Bayukk berkata...

Salam Uncle Zabs
sama - sama...hanya sekadar berkongsi 'gumbira' bagi sesiapa yang sudi...:)

Bayukk berkata...

Azhar...aku lum kawin lagi ler...hehehe !!!

...bujang lagi nie...:P