Selasa, 7 Ogos 2007

Mampukah kita membalasnya...

Entah ! kenapa tetiba aku serba salah...ketika aku ngan adik - adik aku sedang enak menikmati buah durian, lalu seorang wanita yang sarat mengandung..di tepi meja tempat kami duduk.

Ya Allah ..
kenapa? soal adik perempuan ku ingin tahu
tiadalah...kesiannya aku tengok perempuan tu...balas ku
siapa? tanya adik ku lagi ingin kepastian
Perempuan yang mengandung tadi tu bah...aku menjawab persoalan adik ku sambil menoleh ke arah perempuan itu.

Dengan nafas tercungap - cungap dia teruskan perjalanan, ku lihat kekuatan semangat dan juga pengorbanan seorang insan istimewa yang bergelar 'IBU'

Lantas aku teringat kan...
Adik ku di kampung yang juga tengah sarat mengandung...semoga dia sihat & selamat melahirkan anak ke2 nya...amin.

Dan juga sajak lama bertajuk Kuali Hitam karya Zurinah Hassan..sajak yang aku simpan masa aku belajar dulu...esok lah aku masukkan kat sini...ada masa bacalah.

Tiada ulasan: