Jumaat, 17 Ogos 2007

Perasaan Ku...

Entri ini adalah sambungan kisah Aku & Guru Sains 'Ber...'

**********

Dalam perjalanan ku menuju ke Dewan di Maktab Perguruan di sandakan...(skrg dah kena tutup Maktab tu) ...macam ku kenal orang yang sedang berjalan di hadapan ku...

setelah salam berbalas...

ek ! ko ada kat sinikah? tanya Cikgu Sains
erm ! bukanlah...jawab ku ringkas
abis ada apa kat sini ? tanya cikgu sains ku lagi...inginkan kepastian
ada temuduga...aku menjawab persoalan cikgu
ohh ! temuduga....temuduga apa?
temuduga nak masuk belajar di ITM
oh yer ker...bah Goodluck...sambil tersenyum memandang aku dan cikgu terus melangkah pergi
maksih...balas ku sambil tersenyum.

aku ingat cikgu sains tadi tu memang dah tak ingat kat aku...siap tegur aku lagi...rasanya dia dah lupa masa dia marah aku dulu...^_^

Tapi apa pun, aku berterima kasih kepada Cikgu sains dan juga semua guru - guru yang penat mengajar aku dan rakan - rakan ku yang lain...kerana bagi ku marah mereka adalah untuk kebaikan dan terpulang pada individu itu untuk menilai dan mentafsirkannya...

Sambil berlalu meninggalkan Cikgu sains aku menuju ke Dewan...aku semakin berdebar kerana ini lah kali pertama aku menghadiri temuduga...panas sejuk ku rasa...aku antara orang yang awal tiba...

Orang makin ramai yang datang...hampir memenuhi Dewan ketika itu...di tengah - tengah dewan ku lihat meja tersusun, perasaan ku semakin bergelora...aku semakin gelisah...tak tahu nak buat apa, aku cuba tenangkan fikiran....

ketika itu ku lihat...

ada yang datang penuh bergaya
ada yang datang berteman
ada yang di hantar keluarga
...aku datang bersendirian
tapi aku tak kisah
sama - sama punya impian untuk meneruskan pengajian...
debaran kian terasa
selesai buat ujian pertama...
tunggu giliran di temuduga...


Dub dab dub dab...

ku genggam tangan erat
ku tarik nafas panjang
aku mesti kuatkan semangat
tak kan ku kalah sebelum berjuang

ps : Best pula dengar lagu Malaysia Ku Gemilang ..

4 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Jadi, cikgu tu datang kenapa? Jadi penilai?

Bayukk berkata...

salam.
azhar...cikgu tu memang dah mengajar kat Maktab tu...:)

ammar berkata...

Sekarang teda jumpa lagi ka? Haha.

Bayukk berkata...

salam
tak lagi ammar...:p