Isnin, 24 September 2007

Baju Melayu

Minggu lepas aku sempat menghantar kain baju melayu untuk baju raya tahun ni...puasa belum pun sampai 10 hari masa tu..semua kedai jahit 'penuh' atau dalam erti kata lain tidak mahu menerima tempahan baju melayu.

Dari satu kedai ke satu kedai di tanya...sambil tersenyum mereka mengatakan...

'maaf dik penuh sudah'

Tapi aku ngan nazmi teruskan juga pencarian kedai jahit seterusnya...dan akhirnya kami jumpa satu kedai jahit yang sanggup menerima tempahan baju melayu kami dengan harga RM75.00/sepasang...dan kami ada 5 pasang kesemuanya ( opstt ini termasuk dua adik lelaki aku dan my dad )...musim puasa atau bila nak raya nie...memang rezki tukang jahit...sampai tak cukup tangan di buatnya.

...terus terfikir erm ! nak buka kedai jahit lah pula...hehehe !!!

Yang kelakarnya masa pegi bertanya kat kedai jahit tu...berdiri jak depan pintu kedai...sapa - sapa yang ada di dalam kedai jahit tu pasti tersenyum sebab mereka tahu kami datang nak menempah baju melayu...dan kami juga tahu akan erti senyuman itu kerana mereka tidak lagi sanggup menerima tempahan baju melayu.

Sok sek sok sek pasal baju melayu nie...aku rasa bagi mereka yang menempah awal tak kira lah baju melayu atau baju kurung ( atau baju raya lah katakan ) mungkin tak bermasalah hanya tinggal tunggu masa nak ambil saja...tapi bagi yang baru nak mencari tukang jahit macam aku nie...faham - faham aja lah...

Sebab ada juga yang letak harga RM85.00 dan ada juga 'Tailor' yang kami jumpa letak harga RM140.00 sepasang...

Itu hal aku ngan kedai jahit...

Tapi dalam pada tu juga sempat juga aku servay - servay baju - baju melayu yang ada kat shoping Complex dan market - market...boleh tahan juga baju melayunya...dan aku sempat ambil sepasang baju melayu warna putih...sebab aku tak ada lagi baju melayu 'color' tu...hehe..

4 ulasan:

Mak Su berkata...

geram kan... pakai ready made aje ler ek

Purpleheart berkata...

Baju ready made lagi murah.. Kat ofis akak sepasang rm50 aje.. tapi dah abes laa..

Si B*ntang berkata...

abam bayukk,ryn antar baju bulan 6 lagi.hakhak! tetibe ade last minute beli kain,trus anta g tailor. esok sampai.yeah!

Zabs berkata...

Salam bayuKK,
Saya pakai baju lama yang baru pakai sekali je, rugi pulak nak beli yang baru.
Apa pun Selamat Hari Raya. Semoga ceria di pagi Raya walaupun tak sempat tempah baju baru.