Khamis, 8 November 2007

Syawal 2007

Minggu nie adalah minggu terakhir bulan syawal yang mengamit banyak kenangan yang tak mungkin kita lupakan..dan bila sebut jak bulan Syawal ni memang bagi kaum lelaki tidak lari dari baju melayu...aku pernah ceritakan pasal baju melayu ku untuk raya tahun nie.

Sapa - sapa rakan rakan yang nak tau cerita sebelumnya...aku ada ceritakan disini.

Sebenarnya masa kami 'servey - servey' tu...ada satu kedai jahit yang sanggup ambil tempahan untuk menjahit baju melayu kami tu...RM75/sepasang. Oleh kerana takut tak ada lagi kedai jahit yang sanggup menerima tempahan dan kami mengambil keputusan 'bersetuju' lah dengan tukang jahit tu...kemudian bincang punya bincang, aku dah bagi tau siap - siap kat tuan punya kedai jahit tu yang aku nak ambil baju melayu tu sebelum 05 oktober...sebab aku nak balik kampung...yang leganya tuan punya kedai bagi tau kat aku boleh ambil baju tu pada 02 haribulan...

TETAPI bila sampai pada waktunya...faham - faham sajalah !!!

Banyaklah juga alasan di berikan oleh empunya kedai...'time' pegi sana pada 02 haribulan tu dia dengan selamba dia bagi tau "belum siap"...sempat lagi bagi cadangan supaya aku datang ambik baju tu hari sabtu 06 haribulan...sedangkan 'time' tu kita dah 'plan' nak balik kampung lepas bersahur...

...akhirnya siap juga baju melayu tu dan ambil pada 5 haribulan...hepi sangat sebab dapat raya sedondon lagi untuk tahun nie.

TETAPI Kegembiraan itu hanya sekejap kerana bila di tenung di renung baju melayu itu...alamaaaak !!! dia buat 'cincai'...amat tidak berbaloi..erghhhh !!!

Geram pun ada...tapi nak buat macam mana...

Tiada ulasan: