Khamis, 22 November 2007

Yang Benar

Errmmm...bestnya cuti sekolah sudah bermula, pastinya ramai ibubapa yang telah bercadang untuk mengambil kesempatan ini bercuti bersama ahli keluarga. Dan tidak mustahil juga time cuti cuti begini ada yang akan mengambil kesempatan untuk membuat majlis perkawinan dan mungkin juga majlis berkhatan...jeng jeng jeng...

Pagi tadi aku tergelak sendirian kerana MHI membicarakan topik berkhatan...sambil - sambil meliatkan badan di atas perbaringan, aku kelucuan bila si Ally iskandar, Aj ( Dj Hot Fm ) dan juga Zakiah Anas dengan rancaknya berbual tentang berkhatan...sambil usik mengusik antara satu sama lain hehehehe ...

Zakiah Anas : tapi tak sakitkan

Ally Iskandar : siapa kata tak sakit... sambil tersenyum

kan di bius soal si zakiah lagi.

yer la...tapi tempat dia bius tu sensitif jawab si Ally sambil tergelak...

kelihatan Zakiah Anas & AJ tergelak sama...

Masing masing punya pengalaman bila mengenangkan saat itu...perlahan aku bangkit dari tempat perbaringan ku intai di jendela...cuaca redup sahaja...baru lepas hujan..ermmm sedapnya tido...

nasib baik bukan hujung minggu...hehehe

3 ulasan:

Purpleheart berkata...

Ag sebenarnya..

biasa hari-hari tengok MHI tapi arini tak tengok pulak sebab ada sedara datang rumah, segan nak lepak depan tv.

Semalam ally pegang kucing, geram aje tengok kucing tuu.. rase nak terkam aje.

Mak Su berkata...

hih hih hih, ada ada aje

Zabs berkata...

Salam Bayukk,
Dulu masa nak khatankan anak bersama 4/5 orang sepupunya. Meraka di injek sorang sorang, sebelum dikhatankan apabila ubat bius tu dah berfungsi. Apabila semua sudah selesai, tinggal seorang lagi yang paling kecil, walaupun telah dibius, dia mula rasa takut dan lari keluar.
Oleh kerana gagal di pujuk, dia tak bjadi dikhatankan hari itu.
Pada malamnya, yang telah berkhatan, takda masalah. Tetapi yang telah bibius tapi tidak dikhatankan, menangis semalaman kerana kesakitan akibat ubat bius itu membuatkan anu nya mengembang. Keseokannya dia setuju untuk dikhatankan pada minggu berikutnya.