Jumaat, 14 Disember 2007

Kawan Lama

Telefon berdering dan ku lihat nama classmate lama semasa menuntut di Universiti dulu...lama tidak bertanya khabar sebab itu dia menelefon aku agaknya. Seorang kawan yang baik dan selalu mengambilberat pada rakan²nya yang lain...bukan nak angkat bakul kawan aku nie tapi itulah hakikatnya.

Bercakap dengan kiasan bahasa dia membahasakan aku ibarat ros merah dan dia ibarat anggerik di hutan...dia cuba untuk merendah diri.

Lantas aku membalas apalah beza aku ros merah yang tiada wanginya sedangkan dia anggerik di hutan yang menjadi rebutan...mendengar jawapan ku sebegitu dia tertawa.


Tiada ulasan: