Isnin, 7 Januari 2008

Awal Tahun 2008

Tahun 2008 :

1 Januari 2008

Time ni cuti...aku buat apa ek? ooo aku masih lagi keletihan sebab pendaftaran pelajar lama baru saja selesai pada 30 Disember 2007. Tengah rakan² lain sibuk menyambut 'new year' aku pula sibuk membuat keja yang perlu disiapkan...huhuhu. tak sedar masa berlalu...jam menunujukkan pukul 10 lebih...sambil² layan konsert di TV3...aku khusuk membuat keja ..aku 'take 5' untuk merehatkan badan setelah beberapa jam duduk menghadap komputer.

Boleh² aku terlelaplah pula...hehehe...dan semacam separuh sedar aku dengar suara Ally Iskandar yang berkobar² mengatakan perihal tahun baru..ku buka mata perlahan² di hadapan ku gemerlapan bunga api yang lazimnya menunjukkan kemuncak sesuatu acara.

Selamat tinggal tahun 2007 & Selamat datang tahun 2008...rakan² lain bertanya apa azam tahun baru...aku tidak menjawab dan hanya mampu tersenyum.

Tiada ulasan: