Sabtu, 2 Februari 2008

02.02.08

Ketika Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sibuk membuat persiapan bagi Ulangtahun Bandaraya yang ke 8, hatiku benar² teruja untuk melihat kemeriahan suasana pada malam itu dan tidak sabar menantikan detik itu.

Kenapa ek ?!!

Mungkin persoalan ini timbul dikalangan kalian kerana apa kaitannya sambutan Ulangtahun Bandaraya KK dengan diri ku.

Dan bagi rakan - rakan yang sedia maklum...aku hanya tersenyum. Mungkin juga kawan² ku tahu tapi tidak mustahil mereka lupa...dan aku menantikan detik jam 12 dengan penuh debaran.

Terima kasih pada mereka yang dahulu meng'wish'kan untuk ulangtahun ku lebih awal di Friendster. Mula² aku ingatkan mereka silap...rupanya mereka takut terlupa.

Jujurnya, aku terlalu sensitif untuk menantikan saat yang bagi sesetangah orang detik yang paling mengembirakan...tapi tidak bagi aku untuk tahun ini.

Terima kasih pada Bayu kk, Imah Dan Aris...sehingga 'post' ini aku belum buka hadiah kalian...terima kasih banyak². Tidak dilupakan bagi adik²ku dan rakan² ku yang lain aku ucapkan terima kasih jua kerana atas doa² kalian kepadaku...semua itu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Dan aku juga doakan semoga kalian akan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati serta dipelihara Allah dan selamat Dunia Akhirat. Amin.

Biasanya sebelum kita tiup lilin kita kena buat 'wish'....tapi tiada lilin untuk ku tiup malam itu kerana saat itu aku hanya bersendirian tanpa kawan² ...aku saja membuang masa menantikan detik 12 malam di bandaraya Kota Kinabalu...lebih kurang jam 11 malam, aku meninggalkan Bandaraya KK dan aku menuju ke satu tempat dan kurang dari 20 minit sebelum detik 12 tengahmalam.

Nun jauh di sudut hati ku...semoga di hari yang paling bermakna bagi diriku ini, salah satu permintaan ku ialah aku ingin melihat 'dia' sihat seperti biasa.

Detik 12 malam aku di hospital...'Selamat ulangtahun empunya diri' bisik hati kecilku.

Ya Allah perkenankanlah pemintaan hambamu ini. Amin.

Tiada ulasan: