Selasa, 19 Februari 2008

Ada sesuatu...

D'Teratak ini aku bebas untuk menyuarakan apa saja yang aku ingin luahkan...sebab berbalik dari apa yang aku pernah katakan sebelum ini kerana aku menulis dari apa yang aku nampak & aku perhati aku menulis dari apa yang aku dengar TETAPI bukan khabar hanya cerita sebenar
aku menulis dari kata hati TAPI bukan untuk kepentingan diri hanya untuk berkongsi dengan sesiapa saja yang sudi.

Dan mungkin ada ketikanya apa yang aku ceritakan d'Teratak ini aku sedang bergumbira, dan bisa saja kalian turut tersenyum bersama apabila membacanya dan mungkin juga adakalanya apa yang aku ceritakan disini ketika itu aku sedang berduka lara. Dan tanpa 'ter'sengaja mencuit hati dan perasaan anda untuk merasa apa yang aku rasa ( kalau begitulah yang kalian rasa ) kalau tak pun, tak apa, sebab kita semua maklum langit tidak selalu cerah & begitu jua lah kehidupan kita.

Ada sesuatu yang aku nak cerita nie...tapi aku tak tau macam mana aku nak tulis kat sini...berikan aku sedikit waktu.

3 ulasan:

teratai biru berkata...

cerita dan luahkan lah apa yg awak nak cerita dan luahkan jika itu yang membuatkan awak bahagia...benar,langit x selalu cerah,awan x selalu mendung...

Azhar Ahmad berkata...

Ambillah masamu sebanyak mana sekalipun, semoga kamu berolah kekuatan untuk menulis nanti...

Bayukk berkata...

sudah semestinya...:)