Jumaat, 1 Februari 2008

Aku Datang Lagi

Alamak lamanya aku tidak meng'update' Teratak ku...nak mula dari mana ek !!!

Sebenarnya banyak benda dah yg berlaku nie...ini tak boleh jadi nie...Opsstt lupa pula nak ucapkan terima kasih pada tetamu / rakan rakan yang sudi meluangkan masa di Teratak ini...yang lama dah tak berkunjung tu...minta maaflah sebab lama benar empunya Teratak dan tak berkhabar...dan yang baru saja singgah disini...rakan rakan dari Friendster, terima kasihlah banyak². Caya lah...:p

Dan terus terang aku katakan ini bukannya blog Ilmiah cuma sekadar cetusan rasa empunya Teratak..hehehe. Mungkin adakalanya apa yang terbaca oleh kalian adalah cetusan rasa ketika aku sedang bergumbira...atau mungkin saja ketika empunya Teratak sedang bermuram durja...sudah menjadi lumrah alam, inilah hakikat kehidupan selagi kita bergelar insan...sebab bumi mana tidak ditimpa hujan...laut mana tidak bergelora...langit mana yang tidak pernah mendung.

Tapi tidak salahnya jika kalian ingin bertandang ke sini. Kecik tapak tangan Stadium Bukit Jalil aku tadahkan. ceh...

Yang pastinya aku akan terus menulis disini..kita jumpa lagi salam ceria untuk kalian semua.

2 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Jika kamu sedih, kamu luahkan sahaja....

Bayukk berkata...

ya...memang itulah caranya...