Ahad, 3 Februari 2008

BayuKK a.k.a Habaq

Aku cuba untuk menjaga hati semua orang, aku cuba untuk pertahankan sebuah kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan...tapi bukan mudah. Semua berubah dengan sekelip mata.

Terima kasih kepada sahabat² ku yang lain yang masih bersamaku saat ini.

Aku mahu biarlah suatu hari nanti kau baca apa yang aku ceritakan ini...biarlah kau sendiri mengetahuinya. Biar kau tahu sendiri.

Siapa ek?!! nyanyi lagu 'sedangkan lidah lagi tergigit'...hahaha kau yang pernah nyanyikan lagu itu dulu. Kau kata buang yang keruh ambil yang jernih...kita pun buang dan ambil yang jernih sampai tidak tau berapakali sudah kejernihan yang tidak pernah jernih itu d'ulang².

Adat dalam berkawan memang begitu. Kadang² kita perlu untuk memenangkan hati kawan kita sendiri bagi menjaga sebuah persahabatan.

Kau kata jangan dengar cakap orang...kau kata jangan fikir bukan².
Namun...bagiku kau seorang kawan yang baik...memang baik dan itu aku perlu akui.

Aku terima hakikat bahawa kau telah berubah...sebagai kawan aku sentiasa doakan yang terbaik buatmu, perjalanan masih jauh lagi untuk kau buktikan apa yang perlu dilakukan kepada kedua orang tuamu. Bukan aku tidak pernah mengatakan pada mu bahawa apapun yang kita lakukan 'Famliy come first'...dan kau ingin berubah ke arah itu. Syukur alhamdulillah.

Kalau sudah masing - masing tidak sehaluan tidak apalah...aku tidak pernah menyesal akan apa yang berlaku...mungkin ada hikmah disebaliknya.

Biarlah apapun yang berlaku tapi aku tetap seperti dulu...bukan sekali aku diperlakukan begini...kawan datang kawan pergi dan bila masanya kawan ingin datang kembali...aku akan fikir berulangkali.

Dan mengenangkanmu sebagai seorang kawan itu sudah pasti sebab kau juga pernah menjadi sebahagian dari kawan - kawan ku yang pernah aku kenali...

Sekali lagi aku doakan semoga kau akan terus 'sukses' dalam apa jua yang kau lakukan dan aku akan sentiasa doakan kau sampai ku menutup mata...

bila aku sudah tiada...
kau tahu apa jawapannya.

"Semoga hari ini akan lebih baik dari hari kelmarin...dan hari esuk akan lebih baik dari hari ini"

2 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

macam sedih je entri ni...

Bayukk berkata...

azhar - apa yang kita rasa...