Selasa, 5 Februari 2008

Bisakah...

Aku tidak pernah terfikir ada insan lain yang sanggup berkorban demi kebahagaian ku, kerana bagi ku itu satu perkara yang paling menyakitkan untuk di lakukan. Dan aku sendiri dapat merasakannya.

Aku minta maaf andai ada insan terluka, sememangnya tiada siapa pun di dunia ini mahu perkara itu berlaku...termasuk aku. Dan aku benar² ingin orang - orang yang berada di sekeliling ku merasa bahagia.

Tapi ialah laut mana tidak bergelora, bumi mana tidak di timpah hujan...

Dan dalam mengharungi kehidupan ini semestinya pelbagai onak dan dugaan yang pasti akan kite tempuh...pahit mains kehidupan itulah yang terpaksa kita telan.

Lumrah kehidupan...kalau perkara itu terlalu indah bagi kita umpama terlalu manis seperti madu...tapi kalau ia sesuatu yang menyakitkan bagi kita umpama pahit sepahit hempedu. Inilah hakikat kehidupan.

Benar. Aku sayang semua orang...dan aku teringat kata - kata ini...

Seminit kita kenal atau sejam atau sehari kita mengenalinya, kita mungkin bisa menyanyanginya tapi ia akan mengambil masa seumur hidup kita untuk kita melupakannya...

Alhamdulillah, hari ini aku masih mampu membuka mata...syukur pada mu Ya Allah...dan aku berharap semoga kebahagian akan sentiasa bersama² kita

ikhlas untuk semua...aku sayang kamu.

5 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Wahhh ayat2 puitis... Mungkinkah cinta mula berputik?

Bayukk berkata...

Azhar - segalanya berkemungkinan...

teratai biru berkata...

berkorban untuk org lain mmg memeritkan..tapi kadang kala kita perlu berkorban untuk org yg kita sayang...itulah kehidupan

teratai biru berkata...

kebahagiaan pasti akan awak kecapi..tabah harungi segalanyer..berkorban mmg amat susah untuk dilakukan tapi berkorban untuk org yg kita sayang

Bayukk berkata...

Wah ! teratai biru bermadah² nampaknya...apapun, aku doakan semoga yang terbaik akan menjadi milik Terati biru.

Apapun, kita hanya mampu untuk merancang namun Tuhan yg menentukan.

Dan...aku tetap aku. Ikhlasnya aku sayang semua...