Sabtu, 16 Februari 2008

Cerita Kelmarin

Tuaran Beach Resort destinasi yang ku tuju lewat petang kelmarin. Lepas solat Jumaat aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 2.30 petang. SMS ku terima 'remind' pasal taklimat yang akan diadakan pukul 3.30 petang.

Hujan mengiringi perjalanan ku petang itu, di persimpangan jalan ku tinggalkan Nazmi ( adik ) dan aku teruskan perjalanan...aku cuba mengingati jalan untuk sampai ke tempat itu.

5 KM dari jalan utama aku menyulusuri jalan masuk ke dalam...suasananya cantik dan sejuk mata memandang...tapi itu bagi aku yang memang gemarkan suasana dan keadaan begitu. Andai aku punya kesempatan nanti aku letakkan gambar² yang dapat ku ambil disini. hehe !

Bestnyer...bila mendengar bunyi deraian ombak yang memukul memecah pantai...namun petang itu hujan membataskan pergerakkan kami...dan kami duduk di taman sambil bersembang dangan kawan² sekerja yang dulu pernah belajar di satu Universiti yang sama. Seronok pula rasanya. lagipun bukannya selalu bisa berjumpa begini.

Aku tidak bercadang untuk bermalam disana...lepas program jam 11.00 malam yg sepatutnyer tamat pukul 10.00 malam aku ngan staf yang lain berkonvoi untuk keluar dari kawasan itu...gelapnyer di tambah pula dengan keadaan jalan raya yang kecil dan berlubang memperlahankan perjalanan kami...1 Km sebelum keluar di jalan yang berturap.

Sampai umah lebih kurang jam 12 malam. Esok program start jam 8.30 pagi...

3 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Sero0noknya berjalan-jalan... Bilalah mahu sampai ke Sabah ni...

teratai biru berkata...

azhar,sabah mmg best...dah g rasa x nak balik tau...best gila....betol x bayuk?

Bayukk berkata...

Azhar : bha nanti ada rezki dtg lah sini...k.

Teratai Biru : memang betul.