Isnin, 4 Februari 2008

Kisah 2 Hari

Cerita tentang hujung minggu, kalau sebelum ini aku akan ceritakan aktiviti ku ke gaya Street ( Tamu ) di KK, tapi tidak kali ini kerana minggu ini aku 'busy' ke Hospital sejak 29 Januari 08. Bagi rakan² yang nak tahu kenapa aku ulang alik ke Hospital bolehlah baca entri aku sebelum ini. Disini

02.02.08 - Sabtu

3.30 pagi balik dari Hospital...sampai rumah dan sambung tidur lepas saja solat subuh.

Lebih kurang jam 2.ptg aku bersiap untuk ke Hospital semula...sambil² tu aku sempat gak plan nak pegi jogging dan sebab tulah juga aku bawa seluar trak siap².

Jogging tak jadi sebab aku merasakan aku tak sempat nak balik umah, lagipun Tom nak jumpa aku jam 8.00 mlm nanti...pasal ni nanti aku akan ceritakan pada entri aku yang lain.

Lepas jumpa Tom, aku datang balik ke Hospital lebih kurang jam 12 tgh malam...di sana Ta' sedang menunggu aku...kesian dia berjaga.

4.00 pagi parents dia datang...kedapatan pula aku tak bertugas masa tu hehehe sebab aku tidur di bawah katil dengan lenanya... lebih kurang 4.30 pg ( Ahad 03.02.08 ) balik dari Hospital...macam nak tunggu siang jak jadi boleh singgah di Tamu Gaya street kejap nak beli makanan...pun tak jadi juga sebab memang aku tak larat...sampai umah ngam² azan subuh sedang berkumandang.

Kesian si Ta' terpaksa tidur di luar hospital...mungkin sebab keletihan dan tak cukup tidur...aku tengok tidur betul si Ta'

Aku pun ngantuk sangat²...lepas saja solat subuh...terus tidur sampai jam 10.30 pagi...tapi rasanya macam awal juga aku bangun.

Erm...banyak baju aku belum di cuci...plan lepas cuci baju dan solat zohor nak pegi kedai gunting rambut...nak botakkan rambut.

Sampai di IP aku tengok salon tempat aku biasa tu penuh...ramai orang. Aku pegi ke Tuaran tempat kedai gunting yang aku biasa juga. Sekali lagi aku 'ter' kecewa sebab ada beberapa orang lagi yang tengah baris menunggu giliran.

Aku balik ke Pekan Menggatal...pusing² kat sana jumpa satu kedai gunting kecik.

Mau guntingkah?
ya...jwb ku

Tak pun sampai 30 minit dia mebereskan rambutku dengan mesin dia....fulamak leganya aku rasa...akhirnya aku botak lagi kali ini.

Destinasi aku seterusnya terus ke Hospital...alhamdulillah dia dah makan dan minum....Mama Ji' bagi tau dia makan kek dan limau tapi dalam kuantiti yang sedikit...syukurlah. Mudah²han dia akan beransur pulih.

Tak lama aku di Hospital, aku balik umah sebab rasa gatal² pula sebab gunting rambut...singgah jap di Giant Kolombong beli 'Waffle' dengan perisa kacang dan coklat sebab aku lum makan lagi dari pagi...fulamak sedapppnya 'waffle' tu...ni tak bleh nie sebab bila jak makan waffel terus teringat kat seseorang...tet!!! siapa tu ek?!! kalau dia baca dia tau lah siapa...:p

Jam lebih kurang 8.45 malam aku bertolak dari umah gi Hospital...sebelum tu 'ter' tidur jugalah aku sekejap...sampai hospital dia tidur. Sebab tadi siang dia mengadu panas badan..bila nurse check dia demam.

Aku tinggalkan Hospital jam 11.30 malam dan tinggal si Ta' dan si Fiq menjaga dia di sana. Terima kasih pada semua yang datang melawat dia selama ini dan tak putus putus berdoa agar dia cepat sembuh...hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.

Tiada ulasan: