Jumaat, 1 Februari 2008

Jangan Mengalah...kuatkan semangatmu

29 Januari 2008 / Selasa

Belumpun sampai 10 minit aku merehatkan diri selepas balik dari makan malam di IP.

Pintu bilik ku di ketuk...aku menjangkakan ada pelajar yang ingin meminjam kunci pendua...sebab biasanya keadaan itu yang berlaku.

Dan sebaik saja aku membuka daun pintu bilik, terpacak di depan pintu 'housmate' ku dan semacam tidak percaya apa yang di perkatakannya. Aku terpaku seketika, tercanggang sekejap. Dan aku sekali lagi meminta kepastian dari Housemate ku berkenaan dengan berita yg disampaikannya...dia mengulanginya sekali lagi. Bagaikan tidak percaya nama yang terpacul dari mulutya. Perasaan ku bercampur baur...hanya Tuhan yang mengetahui apa yang aku rasa ketika itu.

Macam mana kau tau? soalku
Baru jak aku kena SMS...balas Housemate ku

Aku cuba menghubungi salah seorang dari rakannya dan aku dimaklumkan benda yang sama.

Aku bersiap dan bergegas ke Hospital...dalam perjalanan aku terus memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga dia akan selamat. Fikiran ku berkecamuk...tidak tahu apa punca dan cuba untuk menenangkan diri ku sendiri aku benar² berharap dia akan selamat.

Tanpa memedulikan apa²...aku tinggalkan kereta di bahu jalan dan bergegas ke Wad Kecemasan di Hospital Queen Elizabeth...ku lihat beberapa kelibat rakan rakannya yang sedang menunggu di depan wad berkenaan bersama kakitangan yang lain.

Sempat juga aku mendengar penjelasan dari Dr fazlinda berkenaan dengan keadaan dan apa yang sebenarnya berlaku dengannya. Aku menarik nafas sedalam²nya dan berdoa semoga dia akan tabah dan kuat untuk menghadapinya.

Selepas sahaja keluar dari wad X-Ray...dia dihantar ke untuk masuk wad, staf lain bersama² rakan - rakan termasuk Pengarah kami sendiri datang memberikan dia sokongan supaya dia kuat dan tabah menghadapi apa yang sedang dia alami.

Aku berdiri di satu sudut memerhatikan dia yang terbaring dengan keadaan lemah dan tidak bermaya dia cuba untuk menahan dan melawan kesakitan ketika itu. Sayu aku melihat keadaannya. Dia yang dikenali seorang yang aktif bersukan, kuat tiba² jadi begitu...semua ini ketentuan yang Maha Esa.

Semua yang ada ketika itu mendoakan dia selamat
Semuanya mengharapkan dia akan kuat semangat
Semuanya memberikan dia kata² peransang...agar dia kuat & tabah menghadapinya

'che'...sambil menghulurkan tanganya ke arah ku
Aku gapai tangannya dan di gengamnya erat tangan ku...

'Che...aku belum sembahyang'
ku tahan sebak di dada...

Tiada ulasan: