Jumaat, 1 Februari 2008

Jangan Mengalah...Kuatkan Semangatmu

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Sesiapapun yang datang melawat dia, pasti akan merasa sayu melihatkan keadaanya yang cuba untuk menenangkan dirinya sendiri melawan kesakitan yang dirasainya.

Hati merasa lega bila melihat dia tidur...namun bila saja dia terjaga hati menjadi resah kerana dia akan mengadu sakit kepala. Hanya meminta dia bertenang dan kuatkan semangat dan dia akan melelapkan matanya semula.

Kehadiran keluarga, rakan² sekuliah...dan sesiapa saja yang datang melawatinya tidak pernah putus² mendoakan agar dia cepat sembuh. Semoga dia akan cepat sembuh. Amin.

Buat masa nie sokongan teramat sangat di perlukannya.

Semoga dia akan kuatkan semangat

Ya Allah, kuatkanlah semangatnya untuk menghadapi semua ini dan sembuhkanlah dia seperti sediakala. Amin.

Tiada ulasan: