Rabu, 6 Februari 2008

Kerana Susu

Seorang budak kecil lari dihujung jambatan, basah kuyup meredah hujan. Berteduh seketika di halaman sebuah kedai lama. Hujan turun dengan lebat dan sesekali kedengaran bunyi guntur. Dia merasa ketakutan.

Tak dapat dibezakan antara airmata yang membasahi pipinya dengan air hujan yang membasahi dia.

Dia berdiri terpaku di hadapan kedai yang sememangnya tahu akan kedatangannya ke sana. Dia masih terpaku di depan pintu, tidak berani masuk kerana terlalu basah.

Sebenarnya terlalu berat untuk dia mengatakan perkara itu namun itulah pesan yang telah diamanahkan padanya. Tidak lama kemudian kelihatan kelibat anak taukeh di ruang tengah kedai. Dengan wajah bengis dia berkata...

Mau apa...soalnya
Mau hutang susu taukeh, nanti ada duit, mama ku bayar...budak kecil itu memberitahunya
tidak boleh hutang...jawab anak taukeh itu lagi. Sambil meninggalkan dia yang masih tercegat di muka pintu.

Budak kecil itu cuba bertahan dari mengigil menahan kesejukan tetapi oleh kerana telah lama berdiri muka pintu dan tidak di endahkan. Budak kecil itu berlari ke kedai sebelah di tempat dia berteduh tadi, dia menangis lagi.

Dia tidak mahu pulang tanpa membawa susu itu bersamanya. Dia terus menangis disitu.

Dia masih berkeras hati untuk mendapatkan susu yang dipesan oleh emaknya tadi, akhirnya dia memberanikan diri dan mencuba sekali lagi...dia berlari ke kedai itu semula. Berdiri di depan pintu kedai, tiba - tiba keluar Taukeh kedai.

Hi anak Pendik mau apa?
Dan tanpa segan silu dan tanpa ragu ragu dia mengatakannya...
Taukeh...aku mau hutang susu, nanti ada duit mama ku bayar...

sambil menangis teresak esak dia memberitahu kepada Taukeh kedai, tanpa banyak bicara Taukeh yang memang kenal dengan keluarga budak kecil tadi berjalan menuju ke arah rak susu. Budak kecil hanya memerhati, Taukeh menunjukkannya pada budak kecil samada benar susu yang dimaksudkan. Budak kecil hanya menganggukkan kepala memberi isyarat..ya!

Nah ! anak pendik...
Terima kasih Taukeh...nanti ada duit mamaku bayar
Bagus² jalan ar...


Dia berlari sekuat hati di tengah hujan. Berlari pulang ke rumah. Airmata gembira membasahi pipinya.

Hingga saat ini tiada siapa pun mengetahui apa yang dilaluinya ketika itu dan bagaimana susahnya dia mendapatkan setin susu.

Bila hujan turun saat ini pasti memori itu akan menjelma kembali dan budak kecil nekad pada dirinya sendiri...itu adalah yang pertama dan terakhir buat dirinya kerana kesusahan dan kepayahan keluarga yang dia sendiri sebagai anak sulung turut merasainya.

Sambil menarik nafas sedalam - dalamnya kerana tiada lagi jambatan yang dulu di lalui oleh budak kecil itu...segala - galanya telah berubah. Tiada sudah taukeh yang memberikannya susu...hanya tinggal anak taukeh yang ketika ini membuat perusahaan kedai emas di pekan. Apapun, terima kasih pada Taukeh kedai kerana baik hati. Lagipun, Taukeh kedai selalu kirim barang untuk di hantar pada anak²nya di Sandakan melalui Bapa si budak kecil.

Hampir 20 tahun lebih peristiwa itu berlalu namun masih segar dalam ingatan kerana itulah antara rentitan kehidupan yang pernah dilalui dalam menempuh kehidupan ini. Dan peristiwa itu jugalah yang membakar semangat si budak kecil dalam mengharungi kehidupan ini untuk terus merubah nasib diri.

Dimanakah sekarang budak kecil itu?!!

ps- selamat menyambut tahun baru cina...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sapa budak tu? Mcm kenal jak. Hehehehehe.Misti suda besar budak tu sekarang kan. HEHEHEHE

teratai biru berkata...

susah dulu,senang kemudian...dah senang jgn lupa asal usuk kita dan sentiasa lah beramal jariah pada yg memerlukan...