Rabu, 20 Februari 2008

Mama Ji

Ngam² lunch time aku terima mesej.

'Jangan lupa makan tengahari Mama Ji masak...hari ini Mama Ji balik...hehehe'

Aku bergegas pulang ke rumah, sebab jarak antara umah ku ngan opis adalah dalam 10 minit berjalan kaki. Sampai umah ku lihat ramai orang, biasalah rakan² sekuliah Zaizam yang datang untuk melawatinya. Lagi pun tak lah juga dia boring duduk terperap di rumah.

Alhamdulillah Zaizam sekarang semakin beransur pulih, dia sudah boleh berjalan dan tangan kirinya pun sudah ada sedikit pergerakkan.

Ikut perancangannya Zaizam bersama² ngan Mama Ji dan pakcik akan balik Tawau hari ini...tiket kapal terbang sudah pun dibeli. Namun perancangan tersebut terpaksa di tukar kerana Zaizam perlu untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Queen. Dan cuma Mama Ji sahaja yang balik ke Tawau petang tadi.

Makan tengahari yang di masak oleh Mama Ji..erm mables. Ta' jangan marah yer...hehehe !!!

Tiada ulasan: