Isnin, 11 Februari 2008

Mus dan rancangannya...

Hampir setengah jam aku menunggu di Airport KK…aku terlupa samada Mus di MAS Airport ataupun di Airasia Airport...mesej terakhir aku terima dari Mus dia akan sampai di KK jam 10.15 malam.

Yang buat aku suspen...aku mesej tak berjawab dan aku call tak dapat²...Mus nie masih dalam kapalkah ataupun HP dia habis bateri...Erm...rupa² nya flight dia ’delay’. Lepas ambil si Mus, seperti biasa kami akan singgah jap di mana – mana warung untuk minum malam...ceh !!!

Destinasi kami di waterfront...tengah nak cari tempat duduk...aku blur sekejap sebab bila pelayan tu tunjukkan meja untuk kami duduk...Mus beriya² sangat nak meja berempat...kenapa ek!

Setahu aku memang Tom nak join kami malam tu...sebab dia ada call aku petang tu...yang dia bagi tau aku dia nak balik umah dulu nak mandi dan tidur sekejap sebab keletihan...dan dia minta return call jer bila aku dah ambil Mus.

Tapi malam tu bila aku call dia, dia tak angkat...’confirm’ dia keletihan.

Yang peliknya lagi tetiba pula Ariz muncul depan aku...Eh !!!

Astagfirullah al adzim !!! rupa² nya semua itu di rancang oleh Mus.

Nak buat kejutan...tapi Kenapa?!! rupa² pasal tarikh 02.02.2008. Terima kasihlah pada kawan² aku yang durang nie selalu ingat kat aku...Mus terima kasih hadiahnya yang dibawa dari Tawau tu.

Berbual berborak dan kami berketawaan tak perasaan jam sudah menunjukkan hampir 1 pagi...

3 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Kalau jumpa kawan, memang masa pun boleh lupa....

Bayukk berkata...

hehehe...almaklmulah jarang berjumpa...:p

teratai biru berkata...

ini la kawan yg baik,x lupa pada tarikh penting kawan..