Selasa, 12 Februari 2008

Pak Ali Tak Tamak

Sedang aku asyik memerhati apa benda yang ada dlm pen drive aku, tiba² aku terlihat ada 'doc' bertajuk 'Pak Ali x tamak'...jadi aku post kan jak kat sini.


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan

untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat
kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan
kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu.
Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada
Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali
bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali
bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali
bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang
jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga
kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan
di sekitar tasik yang sama bersama
isterinya . Kali ni isterinye plak yang
jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah
hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik
kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali
bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya,
itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak
sangka, kau yang jujur satu masa dulu
telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab,
"Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak'
pada Christina Aguilera... kau akan
bawakan pula Britney Spears...kalau aku
katakan 'tidak' juga, barulah kau
bawakan isteriku...bila aku kata 'ya',
kau akan berikan mereka bertiga
padaku... ". Aku yang miskin ni tak mampu
tanggung mereka semua".
hihihihi...

2 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

hahahahha, sakit perut saya baca... hahahhaha

Bayukk berkata...

hahaha...aku first tu pun gitu juga zar.hehehe.