Khamis, 14 Februari 2008

Yang terjadi...

Pedih rasanya mata ini.

Semalam balik jam 2 pagi...aku ngan Bayau tolong Tom buat Treasure Hunt punya soalan² dan juga memikirkan task yang hendak diberikan kepada bakal² peserta. Mula² bincang kat Anjung sambil² makan satay hehehe...lepas tu abis jak sesi perbincangan gi opis Tom buatlah soalan² yang di bincangkan..semua tentang sawit.

Treasure Hunt nie kira simple jak sebab baru di bagi tau petang tu dan nak di buat pula hujung minggu nie...jadi nak bagi soalan yang 'kaw'² lah kiranya sebab hadiahnya pun lumayan gaks...setengah ribu ringgit bagi tempat pertama.

Lepas hantar Bayau balik umah...d'umah sempat lagi aku layan Friendster kejap...balas mesej, baca komen dan cuba untuk menulis d'Teratak...tapi rasa berat sangat kepala dan mata memang dah nak tido.

D'satu sudut ku letak bunga & ada anak patung comel d'dalamnya pemberian Tom sebelum aku ngan Bayau balik...Bayau dapat satu. terkejut juga rasanya. Terima kasih Tom kerana menghargai kami sebagai kawan mu yang paling kau sayang...hehehe. Sapa yang tengah baca entri nie dan bila tengok tarikh entri ini masih tau...tarikh apakah itu sebenarnya...tet !!!

Jam 1.58 pagi ada mesej ku terima..."hepi valentines day...semoga persahabatan kita berkekalan penuh dengan kasih sayang yang berpanjangan...amin"

3 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Tom tu laki ke pompuan? Hohohoho,

Bayukk berkata...

pompuan...:)

teratai biru berkata...

mesti cute kan anak patung yg kak tom bagi tu...hehehe....