Isnin, 14 April 2008

Terasa

Hari ini aku terima call...baru juga aku bersembang ngan pakcik aku pasal dia. Then, hari ini pula flight dia pegi KL. Ingatkan hanya untuk bercuti rupanya terus tinggal lama di sana. Kesian dia tak sempat aku jumpa sebelum penerbangannya ke KL. Petang tu dia suruh gak aku pegi jumpa dia...sebab ada beberapa barang yang dia tidak boleh bawa...tapi kebetulan hujan kuat, jadi aku tak dapat bergerak.

Lagipun, bukannya aku tak mau jumpa cuma rasa sedih pula aku tiba²...sebab dia semakin jauh dan mungkin jarang atau mungkin langsung tidak akan balik kampung lagi untuk merai hari raya adillfitri.

As a Brother to you Nazmi...baik² jak di tempat orang. Ingat² Family di LD dan di Kampung...si Amoi si Mamang...si Wawa n si Haikal...maybe si Nana n syikIn.

Terima kasih gak la dan aku dan keluarga lain sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ko...semoga ko akan sentiasa di rahmati, diberkati dan dilindungi Allah. Semoga ko akan beroleh kejayaan di Dunia dan di Akhirat. Amin.

Terima kasih kerana tunjuk ajar mu ngan Blogging ini...'Teratak kaffali'

...
erm ! banyak nak diceritakan ...benar kata - kata yang baru ku terbaca beberapa hari lepas. 'ramai mana pun kawan yang kita ada...andai hilang satu pasti akan terasa...'


3 ulasan:

ahmad berkata...

Penuh dengan makna dan kata yang perlu ditelusuri dengan terbuka serta nyata. Salam persahabatan.

Bayukk berkata...

salam persahabatan juga.

N A Z M I E S K I berkata...

Terima kasih kasih Bro Jul atas post yang menyentuh perasaan ini. Will not forget you all. :)