Selasa, 20 Mei 2008

Cerita Tentang Aku & ...

Balik keja jam 4.30 petang kelmarin...tak ada plan apa² lepas tu aku pegi jogging kat tasik di Likas. Time jogging jumpa classmate aku Ajai. Dia memang selalu jogging kat sana. Lama tak jumpa dia, maknanya kira lama gak aku tak gi jogging kat sana.

Sambil² jalan aku bersembang ngan Ajai sebelum memulakan jogging...dan banyaklah juga cerita lama yang di sembangkan. Minum jap ngan Ajai. lepas tu aku bergegas balik sebab nak cari Kabel HP Nokia 3110...sambil drive aku memikirkan kat mana lah aku nak cari benda tu...aku singgah kat Kingfisher. Tanya 2 kedai handphone...tak ader.

Ermm...lepas beli barang kat giant, ada satu kedai Hp depan tu masih buka. Bila tanya benda tu ada pula durang jual. RM25.00...lepas tu, aku pun berlalu meninggalkan kedai tu dan menuju pulang ke rumah.

Entahlah sebenarnya selain dari apa yang aku ceritakan ini...ada satu peristiwa semalam yang yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila² kerana Sejujurnya aku masih mengharapkanmu...

Tiada ulasan: