Sabtu, 17 Mei 2008

Hujan & Wiper

Seminggu aku tak post kat Teratak ini, macam² dah yang berlaku beberapa hari ini lepas...

Sekarang nie kat KK hujang sebelah petang, kadang pagi, cuaca tak menentu...tiba² jak angin kencang dan time hujan ni gak lah wiper keta aku tak berfungsi...pernah sekali hujang waktu pagi, aku mula risau sebab macam mana nak gi punch kad nie...then nak gi beli breakfast. Nasib baik hujan waktu tu tak kuat sangat...aku rendah jer hujang waktu tu pegi beli bkfst dengan cermin depan yang tak clear...huhuhu.

Time nak gi City Mall pula hujan kat tengah jalan nasib baik sempat sampai kat City Mall...tunggu hujan berhenti...jam dah menunjukkan pukul 9 lebih, emmm sekali lagi berjalan tanpa 'wiper' dan hanya menggunakan lampu keta orang depan sebagai guide ...mujur malam ada gak lampu yang boleh dijadikan guide...alhamduillah sampai juga kat umah.

...bukan tak nak buat benda tu, tapi memandangkan aku tak ada masa nak gi cari...tapi tipulah kalau aku kata aku tak kisah benda tu, sememangnya aku risau gak sebab takut² ada kecemasan dan kena pula time hujan ketika itu...owhhh tidakkk....nanti aku juga yang akan susah sendiri. So, sabtu lepas tu aku bawalah untuk dibaiki...mekanik tu check...dia tukar fius pun tak leh gak.

"bos ini motor ada sot lah" mekanik cina tu bagi tau kat aku
"owh yakah? sampuk ku..
"sini tiada itu motor wiper ka? soal ku
"tiada owh"

2 orang mekanik kata benda yang sama, dan minta aku dapatkan motor wiper tu dulu. Jadi dalam beberapa hari ini memang tak ber'wiper'lah aku bila berjalan didalam hujan...semalam gi cari 'motor wiper' tu. Aku pegi lah kat kedai yang disyorkan oleh mekanik² sekalian. Bila sampai di sana jawapan yang aku terima amat mengecewakan sebab nak kena tunggu dua minggu lagi baru ada stok.

Akhirnya aku jumpa juga benda tu, setelah berpusing² mencari kedai yang jual part tu...namun benda tu nak pula kena wiring...dan bila pegi kat kedai untuk wiring semuanya busy...huhu.

Aku kalau boleh nak gak benda tu selesai jadi tak payah bingung² tuk memikirkannya lagi....lepas solat Jumaat pegi balik kat kedai wiring...bila di check..

"Bos ini motor tidak losak ma" jelas mekanik muda yang berbangsa cina itu
hah! yakah? soal ku lagi, sambil mekanik tu menganggukkan kepala
"lah, hari tu mekanik sorang tu suruh aku pegi beli dulu motor wiper nie..." sambung ku lagi

Aku perhatikan dia buat benda tu, tak pun sampai 10 minit hanya digantikan wire kuning tak pun sampai sejengkal...dah elok wiper aku. RM 16.00 aku kena bayar.

ermmm...so, apa nak buat ngan motor yang aku beli tadi?!!

he3x...aku pegi kat kedai tu...bagi pulang balik & nasib baik taukeh tu tak banyak songeh...dia pulangkan balik wang aku...he3x

Biasanya sebelah petang tu hujang, tapi tak pula..eeee geramnya aku wiper aku elok tak pula dia hujan...bukan apa cuma aku exicited ngan wiper tu...he3x.

Thanks a lot to Encik Shamsuddin sebab bagi input untuk aku menjejaki kedai² part kereta nie...dan tak lupa gak untuk BayuKk...

Sempat gak makan pisang goreng...apa kaitan pisang goreng ngan entri aku nie...he3x

jawapanya : Hanya aku yang tahu...

Tiada ulasan: