Sabtu, 7 Jun 2008

Saat Ini

Hari ini aku merasakan kerinduan yang teramat sangat pada keluarga di kampung. Hati ku bagikan terusik bila melihat satu persatu wajah² orang yang ku sayang di dalam gambar kenangan.

Aku cuba mencari ruang untuk aku pulang, tapi masa buat masa ini tidak mengizikan aku untuk bertandang ke kampung halaman.

Aku juga ingin memohon maaf pada saudara mara yang sedang melangsungkan majlis perkhawinan kerana tidak dapat bersama...doaku dari jauh, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Buat saudaraku yang telah pergi ke Rahmatullah...Al- fatihah. Semoga ditempatkan bersama² dengan orang² yang beriman. Amin.

Apapun, aku disini tetap meneruskan kehidupan ku seperti biasa, meskipun dalam masa terdekat ini banyak juga perkara² yang terpaksa aku tempuhi dan aku perlu kuat untuk menghadapi semua itu.

aku meminjam kata² ini...
Hilang harta hilang sedikit
Hilang Cinta Hilang separuh
Tapi bila Hilang Semangat akan hilang semua

Jadi, apapun yang berlaku...kita kena kuatkan semangat.

Dan satu lagi yang aku pelajari dari apa yang ku perhati...'Don't Complaint'