Isnin, 21 Julai 2008

Kewajipan

Semalam ada perjumpaan dengan pelajar² lama...biasalah kalau sudah jadi PPP nie perjumpaan sebegini adalah menjadi satu kemestian pada setiap semester.

Hanya ingin melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan juga sekadar mengingatkan kepada pelajar² beberapa perkara yang mungkin mereka terlupa setelah bercuti terlalu lama...Opsst tapi bukan aku yang menyampaikan...kami hanya 'memberikan sokongan' kepada ketua kami pada malam itu. Lek ko Jimi...he3x.

Esuk pula perjumpaan dengan pelajar² baru...agenda yang sama, cumanya di lakukan pada waktu yang berbeza.

Itu soal kerja selepas jam 5...itu lah tugas yang menanti aku. Tapi semuanya alah bisa tanggal biasa...eh! ngam ka tu? he3x.

Cerita pasal kelas lak, malam ni aku tak ada kelas...sebab kelas aku ganti hari Jumaat. Classmate sms bertanyakan tentang kelas tuk malam ni...semuanya konfius samada kelas malam ni atau hari jumaat. Tapi seingat aku kelas masih lagi mengikut jadual minggu lalu, kelas hari Jumaat. Call pensyarah dia tak angkat...maybe dia dlm kelas kot. So, oleh kerana rakan² memang tak datang kelas aku pun dengan secara tidak langsung tidak lah juga menghadirkan diri.

Teringat pula sms kawan aku Tom...ajak aku pegi makan di Warisan Square petang nie...tapi aku bagi tau dia aku ada class...melepaslah lagi sebab aku last minute tau aku tak ada kelas. Kesian gak kat Tom sebab banyak kali sudah dia ajak aku keluar...bila dia call / sms ajak aku jalan²...time tu aku busy kat ofis...ermmm risau gak nanti dia salah faham. Tapi dia faham gak tu. InsaAllah.

Hujan pula petang ini...
bestnya kalau dapat merehatkan diri...Ermmm.

Tiada ulasan: