Jumaat, 22 Ogos 2008

Ceramah

Semalam sebelum meninggalkan opis, aku terbaca email berkenaan dengan ceramah Nilai dan Etika untuk hari ini. Wajib bagi staf yang belum pernah menghadirinya. Pagi tadi, aku ngan seorang staf pegi ke Dewan Kuliah 1, untuk menghadiri siri ceramah nilai dan etika berkenaan.

Tajuk ceramah berkisarkan bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, disampaikan oleh Ustaz Bongsu Aziz. Pensyarah yang ajar aku CTU [ hubungan etnik ]. Nampak jak Ustaz terus teringat assingment aku yang belum siap. Minggu depan ada kelas ngan dia. Nie mesti dia akan tanya nie. Plan hujung minggu nie nak buat semua assingment yang diberi.

Program habis lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sekali lagi kami dihidangkan dengan jamuan nasi kuning berlaukkan ayam goreng. Heran gak aku, sebab sejak kebelakangan ini semacam popular pula nasi kuning nie kat tempat keja aku. Dulu tak ada pun. Dan kalau diikutkan nasi kuning nie 'ter' sangatlah dikenali di bahagian Tawau dan Sandakan. Tapi disana lain skit cara masak dia.

Apapun syukran. kata orang rezki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Selamat menunaikan ibadat solat Jumaat.

Tiada ulasan: