Jumaat, 22 Ogos 2008

Kisah 21.08.08

Apa yang berlaku sepanjang hari 21.08.08 [khamis ] – pagi tu aku ada meeting di HEP. Jam 8.30 pagi, aku bergegas ke tempat mesyuarat. Hari ini semua kena pakai baju batik. Nasib baik ada gak baju batik yang dah siap di iron.


Ingatkan aku adalah orang yang paling lambat datang ke bilik mesyuarat. Fuh !!! aku menarik nafas lega rupanya belum ada orang lagi yang datang. Tapi pengerusi JK dah ada. He always ontime.


Nampak gayanya ramai dari ahli JK tak dapat datang sebab ada yang kena hadir kursus di Dewan [ gym ]. Tunggu jugalah. Jam didinding bilik mesyuarat menunjukkan hampir jam 10 pagi. Aku ada hal lagi petang nie. Skrip aku belum print. Nak tanya organizer banyak benda sebab takut tak ngam ngan durang punya plan. Nanti aku pula yang kena.


Biasanya lepas meeting kan ada jamuan skit. Pagi tu makan nasi kuning ngan lauk ayam. Siap ambil dua ketul lagi, apa tidak pagi tu tak sempat nak pegi breakfast.


Balik ofis, buat skrip dan edit skit. Malam tu aku dah siap buat. Semua Staf terlibat nak kena berada di tempat Majlis jam 1.30 petang tapi aku kena naik awal sebab nak kena check mic. Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam datang bersama rombongan melawat ke tempat kami. Majlis habis lebih kurang 4 petang lebih. Rombongan di bawa melawat sekitar Kampus. Lepas tu biasalah, sebab tak lengkap rasanya majlis kalau tak ada jamuan, semua jemputan dijemput untuk menikmati jamuan di Bilik VIP di Gym. Makan lagi. Alhamdulillah, rezki aku hari ini. Alhamdulillah majlis petang itu berjalan dengan sebaiknya.


Dalam kesibukan itu, aku sebenarnya sedikit gelisah. Aku risaukan akan sesuatu, tapi syukur alhamdulillah semuanya baik - baik belaka. Tak payah aku ceritakan hal itu, cukup sekadar aku menyatakan kegelisahan aku kerana tarikh itu mengingatkan aku pada sesuatu. Stop !


Jam ditangan sudah lima suku petang. Kami beredar dari gym dan aku bersiap untuk OT sebab nak masuk dan check blok. Lagi pun inilah peluang yang ada sebab kebetulan pelajar pun tengah cuti mid term. Selepas solat asar, aku dan staf yang lain seperti biasa meneruskan kerja – kerja di dalam blok, memeriksa kerosakan ‘Holder’ pintu yang baru di pasang.


Selesai. Tinggal satu blok lagi yang nak kena check, lepas tu macam biasa nak kena buat laporan.


Aku teringatkan Majlis bersama Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam petang tadi, sebab semasa menyampaikan ucapannya, terkeluar perkatan ‘abi si kita’ yang membawa maksud ‘kita’.


Dan petang itu aku tinggalkan mereka dengan dua rangkap pantun, yang direka pada waktu itu juga hanya sekadar mencuit rasa.


Bisai bisai membawa kereta

Jangan tah pulang dibawa laju
Tak kenal maka tak cinta
Itu bidalan orang da’ulu


Jangan belusir atas jambatan
Karang tegugur sendiri kesakitan
Semoga pertemuan ini mengukuhkan ikatan
Dalam memacu bidang pendidikan.


Dan sebelum mereka beredar dari perkarangan Gym, Tuan Haji Sabli Haji Mumin – Pegawai Pelajaran Kanan ada berpantun :-


Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Kalau ada silap kami
Jangan disimpan didalam hati


Kepada Yang Mulia Pengiran Dato' Setia DR. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman Timbalan Menteri Pendidikan Brunei Darussalam bersama ahli rombongan ~ terima kasih kami ucapkan.

Tiada ulasan: