Ahad, 10 Ogos 2008

Minggu Pertama Bulan Ogos - 03

05.08.08 - Selasa.

Aku sibuk cari contoh surat kat opis sebelah sebab ada benda nak urgent.

Pegi Memantau...lepas tu time tu jugalah aku sibuk nak mencari aturcara untuk program esoknya.

Aku yang kelam kabut di buat oleh mereka.

Tak lama aku duduk ofis petang tu...aku terima called dari Yati bagi tau ada raptai kat Hyatt Hotel. Uikkss.

Pegi jugalah kami ke Hotel tu...aku siap trus ngan bawa buku aku sebab aku ada klas malam tu ngan Ustaz Bungsu.

Lebih kurang jam 7. lebih abis dari sana balik terus direct ke kelas...ingatkan kelas start jam 8.00 rupanya jam 7.00 petang ... sebab tak lama aku duduk kat dalam kelas...kelas dah abis.

Balik Umah jalan kaki dari fasa 3 ke Klaster...huhuh. Lama tak berjalan kaki sejak abis dari pengajian Dip. dulu. Berkeringat gak aku malam² tu.

Perut lapar. nasib baik ada tapau. Thanks tu Budak baik once again. Dah kenyang..alhamdulillah, aku rehat jap.

Ada tugas lagi yang belum selesai...TEKS SKRIP aku...Ngantuk aku malam tu terpaksa juga aku bersengkang mata. Baring jap kat katil tetido la pula...nasib baik terbangun itu pun Ajimi Called aku sebab ada pelajar nak minta kluar kampus...mamai aku. Aku suruh juga budak tu pegi jumpa PPP yang ada kat Klaster A. Sempat lagi dia kena ceramah oleh aku. Kesian dia...apa leh buat la. Sambung lagi buat skrip.

Esok aku kena bangun awal...sebab dah janji nak bertolak jam 7.30 pagi...dan nak buat raptai penuh sekali lagi.

Harap² majlis esok tu semuanya berjalan dengan sebaiknya.

Tiada ulasan: