Ahad, 24 Ogos 2008

PPP

Semalam aku ada meeting PPP, lama dah tak bermesyuarat dan banyak juga benda nak dibincangkan. Kebelakangan ini, aku suka sangat menceritakan perihal kerja ku. Opsttt !!! harap tidak disalah mengertikan.Bukannya apa, ialah kekadang tu nak juga di abadikan di Tetatak ini.


2002 tahun aku mula berkhidmat dan dari situ jugalah aku mula menjadi PPP. Karenah pelajar macam – macam. Sabar itu penting dan itulah yang aku ada.

Lumrah manusia kekadang tahap kesabaran kita pun ada hadnya. Tapi syukur alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa membantu ku dan segala urusan. Senang tapi tidak mudah menjadi PPP.


Bila ada orang yang mengatakan itu ini pasal PPP. Aku hanya tersenyum, kadang aku diam. Bukan tanda aku setuju. Apa taknya dia tak rasa apa yang kita rasa. Terima kasih kepada rakan – rakan terdahulu yang sama – sama menjadi PPP dan menjadi orang yang pertama berdepan dengan masalah pelajar terutama di Kolej kediaman.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan mengeluh. Bukan tak tertanggung. Tapi sedikit terkilan. Kenapa tidak ‘Berat sama dipikul ringgan sama dijinjing’.


Teringat kata – kata ini ‘always protect yourself’


Apapun, aku hepi menjadi PPP.

Tiada ulasan: