Ahad, 31 Ogos 2008

Selamat Ulangtahun

Salam kemerdekaan.

Alhamdulillah, akhirnya tanggal 31 Ogos 2008 genap Malaysia merdeka selama 51 tahun. Dan pastinya masing - masing punya cara tersendiri untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke - 51 tahun pada kali ini.

Semalam aku hanya duduk di rumah sambil menantikan detik 12 malam bersama dengan Azhar dan Jumardi. Plan nak pegi KK tapi tak jadi.

Sambil menonton program di TV 1, siaran langsung sambutan kemerdekaan di KL. Kedengaran suara Mahatahir Lokman membuat count down dan kemudian Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Melaungkan kalimah keramat "MERDEKA" sebanyak 7 kali.

"Semoga keamanan, kemakmuran negara ini akan terus berkekalan
semoga Negara ini akan terus di lindungi Allah.
Semoga kita rakyat Malaysia akan terus bersatu padu menjaga keharmonian serta perpaduan ini...sesungguhnya kita bertuah kerana hidup di Negara yang aman damai."

Alarm di handphone ku berbunyi

Mengingatkan aku pada sesorang. Dia juga menyambut hari ulangtahun kelahiran yang sama di sambut oleh semua rakyat Malaysia. Dia antara yang tergolong dalam 'anak merdeka' kerana lahir pada 31 Ogos.

"Selamat Ulangtahun untuk Ajimi Jawan.
semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezki, diberkati, dirahmati serta dilindungi Allah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, selamat dunia dan akhirat. Amin."


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more


Tiada ulasan: