Jumaat, 12 September 2008

Catatan 10.09.08

Catatan perjalanan ku pada 10.09.08. Ada beberapa perkara yang aku perlu settlekan sebelum bertolak ke Shah Alam.

1. Update info di website UPK
2. Ambil tiket
3. Cari case untuk laptop di One Borneo
4. Beli makanan tuk sungkaian [ berbuka ] tapi bukan tuk aku. ;p
5. Inform lectrurer sebab tak dapat datang kelas.

Aku menyiapkan beberapa perkara yang diperlukan untuk disiapkan. Alhamdulillah settled, Cuma item no. 3 tak dapat beli sebab stok belum ada. Terima kasih gak ngan Abang Karim kerana menemankan aku pegi ke One Borneo dank e IP.

Lebih kurang jam 3 petang selepas ambil tiket sempat lagi aku ke IP untuk membeli makanan sungkaian.

Kak Zah, PA TPK HEP called informed aku transport akan ambil aku kat Klaster jam 4.30 petang. Selesai solat asar aku bersedia untuk berangkat tapi singgah jap ambil TPK HEP di umahnya. Jalan jammed sebab time tu orang office dah balik keja.

Jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Waktu berbuka 6.19 minit petang. Aku ngan Tuan Haji Kadir [ TPK HEP ] berbuka di MCd. Sprite, buger dan kentang menjadi juadah berbuka kami petang itu.

Penerbangan jam 7.20 malam. Menginap di Concored Hotel.

Dah janji ngan Apai tuk jumpa dia. Lama juga tak jumpa dia hampir dua tahun. Kedai Kopi menjadi destinasi persinggahan kami. Sambil berbual aku menjamah kuew teow ngan teh tarik. Lebih kurang jam 1 pagi. Hanya takat itu pertemuan kami dan kami beredar dan balik ke hotel.

Jam menunjukkan pukul 1.45 pagi. Time ni aku tengah menulis entri ini sambil nak menunggu waktu untuk sahur.

Esok harap semuanya akan berjalan dengan sebaiknya. Semoga Allah mempermudah segala urusan. InsaAllah.

Tiada ulasan: