Selasa, 23 September 2008

Hampir ke situ...

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi aku akan balik kampung untuk beraya. InsaAllah. Malam ini adik aku balik dari KL. Nak jemput dia di terminal 2. Maknanya hujung minggu nie sama² lah kami balik ke kampung. Bestnyer. Nda sabar mau jumpa family.

Pasang pelita.
buat itu...buat ini...hehehe.

Ini Minggu terakhir sebelum aku bercuti. Banyak keja nak disiapkan. sekurang²nya taklah beban kepala nanti memikirkannya ketika sedang beraya di kampung. Kelas aku pun berjalan seperti biasa. Kawan² lain ada yang balik esok dan lusa ke kampung halaman masing - masing.

Semalam aku tak pegi kelas. Bukan tak nak pegi tapi ada meeting. Opst macam tak percaya jer kan ada meeting malam di bulan Ramadhan. Ya memang ada. Meeting tu pun dibuat jam 9.30 malam selepas solat terawih.

Tadi ada kelas CTU, pembentangan kumpulan. Esok aku ada kelas OB. Bila di hitung² tak lama lagi Exam. Opst...bersedia atau tidak...bak kata zizan, Bolos saja dinding itu. Aku tersenyum sendiri bila mengingatkan 'kata - kata' keramat yang selalu dilafazkan oleh zizan pengacara program Bolos d'Astro itu. Hakikatnya tahun nie beraya ala kadar jak, lepas raya aku kena bersiapa siaga untuk bertungkus lumus menghadapi exam.

Sekarang yang difikirkan... Kerja & belajar...dua² nie aku kena imbang. Semoga Allah mempermudahkan aku dalam segala urusan. amin.

Tiada ulasan: