Isnin, 1 September 2008

Tak Terasa

Hari ini cuti. Aku di Opis.

Semalam bangun sahur jam 3.oo pagi. Keluarkan ikan dari peti sejuk, masak nasi, goreng ikan. Nasib baik ada juga kawan makan sahur pada puasa hari petama nie. Housemate aku balik kampung. Bestnyer dapat bersahur ngan keluarga. Sepatutnya kami sahur ngan Jumardi tapi dia 'stayout' lah pula. Last minute aku tau dia stayout selepas pengumuman Puasa semalam.

Usman pun lum balik lagi dari Sarawak sebab pegi Festival Tari Borneo di Sarawak. Entah apalah perkabaran mereka.

Sekali lagi Yati menyelamatkan aku tuk beli makanan berbuka puasa hari ini. Dia mesej bagi tau kat Inananm. Ingatkan dia di umah boleh ajak dia seklai lagi pegi Bazaar ramadhan di IP. Apapun, makasihlah Yati, semoga Allah memberikan ko pahala yang berlipat kali ganda.

Bukannya aku malas nak pegi tapi keta aku kena pakai. InsaAllah ada rezki nanti di lain hari, belanja ko [ Yati ] makan. he3x.

Kepada rakan - rakan yang berpuasa, selamat berbuka puasa untuk hari pertama di bulan Ramadhan ini.

Tiada ulasan: