Jumaat, 10 Oktober 2008

Raya Ke - 3 ~ Jumaat

Telah dirancang lama sudah sebelum posa lagi tuk buat majlis bergunting anak buah aku...Wawa & adiknya Haikal.

Aku sibuk skit time tu sebab tolong sepupu aku buat pelamin tuk adik dia yang berkhawin pada raya ke-4. Balik umah malam tu...terkejut gak sebab ramai sedara datang umah beraya. Hepinya.

Tak lama lepas tu, pakcik aku depan rumah bawah khabar bagi tau yang pakcik aku kat Karamunting telah kembali ke Rahmatullah. Kami dah rancang nak pegi melawat dia lepas kerja kenduri kat umah selesai. Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan. Semoga rohnya di tempatkan bersama - sama dengan orang - orang yang beriman. Amin.




Tiada ulasan: