Rabu, 5 November 2008

Bukan Mudah

Hari ini aku masih lagi menjalani rutin harian kehidupan seperti biasa. Mudah - mudahan Allah memberikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dan menjalani apa yang sepatutnya di amanahkan kepada ku.

Hari ini aku bermula untuk satu perkara yang aku ingin lakukan dan berharap sangat agar ianya dapat aku teruskan. Apa?. Biarlah rahsia. Yang pasti "Bukan Mudah".

"Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan jauhkanlah aku dari orang - orang yang membenciku diatas kekecewaanku. " amin.
Aku biarkan dan aku tinggalkan perkara itu. Biarkan. Satu hari nanti akan aku titipkan jua disini.

Pasti.

Hari ini juga aku dihujani dengan panggilan telepon dan sms. Pasal apa? Pasal kejalah.

Tak terasa cepat benar masa berlalu. Minggu ini sudah ada pelajar yang akan pulang ke kampung halaman untuk bercuti semester. Dan sedikit masa lagi pasti akan sunyi. Dan tika itu aku ngan staf yang lain dan dibantu ngan SKP akan menyibukkan diri di dalam blok.

Bukan satu yang menyeronokkan bila datangnya cuti semester. Pada yang lain mungkin inilah masa yang ditunggu. Ya. Itu aku setuju. Tapi aku pula?

Masa inilah yang aku kena guna dengan sebaik-baiknya.

Tadi emak telepon, bertanya kabar. Adik aku yang lain tengah buat 'BBQ' depan umah. Aktiviti biasa dilakukan di rumah. Terasa nak balik kampung. InsaAllah.

Tiba - tiba jauh disudut hatiku berkata - apakhabar orang disana?

Tiada ulasan: