Sabtu, 1 November 2008

Debaran

Mencari ruang dan peluang untuk menulis di Teratak ini. Ku singgah tapi tak sempat untuk ku meng’update’ isinya. Alhamdulillah, entri ini adalah yang terkini untuk disajikan disini. Tak pergi mana pun, tak sibuk mana pun, Cuma tiada kesempatan seperti selalu untuk aku menulis di Teratak ini.

Apa yang berlaku. Aku tengah exam. Setelah lama aku tak memasuki dewan peperiksaan, akhirnya 30 Oktober baru - baru ini aku menjejakkan kaki semula ke dewan peperiksaan yang telah lama aku tinggalkan. Berdebar.

Kedengaran ketua Pengawas peperiksaan membacakan arahan dan peringatan kepada semua calon. Aku diam mendengar dengan teliti. Namun jauh disudut hati,aku berdoa semoga Allah mempermudahkan aku untuk menjawab soalan dan semoga aku tenang di dalamnya.

Masa berlalu begitu pantas. 2 jam dalam dewan periksa memang tak terasa. Namun beza bila berada di dalam bilik kuliah, hakikatnya itulah keadaan yang perlu diterima bagi setiap diantara kita yang bergelar pelajar, pasti pernah merasainya.

Dua hari aku cuti sebelum first paper. Tinggal sekejap kerja di pejabat. Aku menelaah bersama rakan – rakan di perpustakaan. Teringat masa dulu – dulu bila belajar sepenuh masa terasa pula keseronokkannya.

Semoga peluang sebegini akan turut dinikmati oleh adik – adik ku yang lain. Mereka antara yang yang banyak membantu ku ketika aku belajar diploma dahulu. Aku harap mereka juga punya kekuatan, semangat untuk terus maju.

Satu persatu mereka menghantar sms kepada ku sebelum aku memasuki dewan peperiksaan petang itu. Semangat itu ku bawa bersama kemana pun kakiku melangkah, keluarga adalah yang utama.

3 ulasan:

teratai biru berkata...

salam....semoga anda berjaya menjawab peperiksaan ini.jangan cepat mudah mengalah...all d best for u...gudluck...

Purpleheart berkata...

Gud luck, akak pun ada paper 30hb tu, paper Service Management. 7hb nanti paper Company Law, 15hb paper Management Accounting.. Doakan akak ye, semoga kita sama2 lulus ok.

Bayukk berkata...

makasih