Selasa, 25 November 2008

Fokus

Hari Ahad baru - baru ni seharian aku di opis [ Nota : entri ini aku tulis Malam Isnin ] membuat persiapan bagi peserta – peserta yang akan mengikuti kursus Asas Keusahawanan bermula hari isnin. Banyak lagi kerja – kerja yang perlu disiapkan, semuanya tertangguh disebabkan aku bercuti semasa peperiksaan baru - baru ini. Terima kasih pada Jai sebab sudi bantu aku hari Ahad tu.

Malam tu sempat lagi aku layan konsert Jomheboh. Best jugalah barisan artisnya sebab diawalnya disenaraikan Datuk Siti Nurhaliza, tapi Ally selaku pengacara malam itu memaklumkan bahawa Datuk Siti tidak dapat menghadiri Konsert berkenaan disaat – saat akhir kerana ada keuzuran. Nubhan sebagai penganti. Sedap gak lagu yang dibawa semalam. Stacy macam biasalah. Cuma pada awal siaran ada gangguan. Hilang sekejap kosentrasi. Hex3.

Ini minggu terakhir bulan November. Bulan Disember aku ada kursus di Perlis. Rasanya tak dapat pergi sebab banyak perkara yang nak di siapkan memandangkan cuti semester yang ada pun agak singkat. Kalau kena pada waktunya nak juga pergi sebab dah lama tak meng’update’kan diri dengan info – info terbaru dan terkini. Itu penting !.

Aku kena fokus.

Tiada ulasan: