Jumaat, 7 November 2008

Kelmarin aku membotakkan kepalaku [ Nota : sejak 3 tahun lalu aku memang menghadapi masalah 'botak' kepala ]

Risau.

Botak Kepala. Aku Nekad. Untuk terus komited melupakan segala apa yang telah terjadi sejak beberapa hari kebelakangan ini. Berdoa semoga hari - hari mendatang akan memberikan aku satu sinar yang lebih membahagiakan. Amin.

Bingung [ Nota : entri ini aku taip jam 1 pagi semalam selepas balik dari meeting PPP ] memikirkan akan SMS yang aku terima petang kelmarin.

"Dia bilang senang - senang jak ko maki dia ar".

Aku terkasima seketika. Bila masa pula aku memaki orang sedangkan bahasa yang aku gunakan adalah bahasa perumpamaan. Betulkan aku, kalau aku silap. Aku masih ingat lagi sms yang aku hantar menjawab kepada sms yang dihantar kepada ku. Ayat terakhir yang aku gunakan ialah "aku bagi bunga, kamu bagi aku T*h*."

Siapa Orang itu?

Kata Datuk Siti Nurhaliza . Biarlah Rahsia.

Apapun, aku cuba buang jauh - jauh semua itu. Tidak mahu memikirkan lagi. Aku mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Tapi diam bukan tandanya aku setuju, cuma itu adalah cara untuk ku redakan bahang dihati. Api tidak boleh berjumpa api.

Rasa terkilan tetap ada.

Tapi aku kena bangkit dari semua ini, cuba melihat dari satu sudut positif yang aku pun samar - samar sebenarnya.

Sambil menarik nafas sedalam - dalamnya, aku hanya mampu untuk mengucapkan kata 'Maaf'. Kerana "lebih baik terus terang daripada terus mengelak".

1 ulasan:

teratai biru berkata...

salam....
setiap yg terjadi ada hikmahnya...harap awak dapat bersabar...karenah manusia ni sukar ditafsir..apapun hanya Dia yg Maha Mengetahui segalanya...bersabar dan tumpukan perhatian pada exam yg bakal awak hadapi x lama lagi..itu lagi penting kerana itu adalah masa depan awak...pergi perlis nnt cuba tenangkan diri,lepaskan segala tension..perlis negeri yg mendamaikan...all d best for u...