Khamis, 6 November 2008

Pasti

Aku tak kan bertanya. Dan tak perlu dirisau. Langkah pertama telah aku lakukan. Seribu langah bermula dengan langkah pertama. Aku cuma berharap aku akan terus kuat untuk melangkah jauh.

Biarlah segalanya berakhir dan bermula disini. Aku pasti ada hikmah disebalik semua ini. Semoga hari ini akan jadi lebih baik dari hari kelmarin dan hari esok akan jadi lebih baik dari hari ini. Kehidupan tetap diteruskan. Dugaan tetap akan datang dalam apa cara sekalipun, Cuma bagaimana kita menghadapi dan mengatasinya adalah terpulang pada diri kita sendiri. Nyata. Kita tidak boleh lari dari semua ini.

Maaf dan terima kasih aku ucapkan sebelum dan selepas ini.


Tiada ulasan: