Selasa, 11 November 2008

Pengajaran

Hari ini aku masuk ke dewan peperiksaan semula, peperiksaan untuk paper OB. [ nota : entri ini aku taip semalam ] ada yang tersirat dan tersurat dengan entri aku kali ini. Namun seperti yang perkatakan pada entri terakhir ku sebelum ini, entri ku agak ber’emo’ sedikit.

Namun sebelum aku menceritakan apa – apa dengan apa yang berlaku. Aku ingin sekali mengajak pada semua yang sedang singgah ke Teratak ini untuk menyedahkan al-fatihah pada salah seorang rakan [ Hasnih ] yang telah pergi Ke ramatullah kelmarin. Semoga Roh beliau akan di tempatkan bersama – sama dengan orang – orang yang beriman. Berita ini aku terima dari sorang sahabat di Tawau, Mustapa.

Kita tinggalkan seketika cerita yang pertama.

Semester ini aku banyak sekali menerima Pengajaran. Terkadang terasa amat penat bila memikirkannya. Sabar sajalah yang mampu aku lakukan untuk menghadapi situasi ini.

Semoga apa yang tercatat ini TIDAK menjadi kejahatan pada sesiapa pun. Aku bermohon padaNya. Dan semoga apa pun tindakan yang diambil akan mendapat petunjuk daripadaNya.

1 ulasan:

Purpleheart berkata...

Macam mana paper OB? kawan akak kata susah paper tuu.. tapi memang pun susah sebab banyak topik kan?

Paper MA ada soklan bocor tak? hehehehe...