Jumaat, 21 November 2008

Sesurip Bisikan Hati

Hampir 10 hari aku tak meng'update' Teratak ini. Banyak perihal yang ingin aku ceritakan disini.

:: Cerita Tentang Exam ::

Last paper aku pada 18 November 2008 [ selasa ]. Pagi itu aku memang berdebar. Entah kenapa. Mungkin disebabkan aku terlalu risau akan subjek itu. Tapi macam biasa, apa yang dapat aku lakukan, aku cuba untuk menenangkan diriku sendiri.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sebaiknya. Mudah - mudahan berhasil.

Time² exam fikiran dan kosentrasi ku terganggu. Aku sabar. Pernah aku tak tumpu pada apa yang aku belajar disebabkan oleh 'dia'. Kebimbangan ku mula terasa bila aku langsung tak boleh menerima ngan apa yang aku sedang pelajari, ngan 17 chapter untuk di fahami. 'Dia' buat perangai.

Tangan aku bengkak juga disebabkan 'dia'. Kenapa?

Nasib baik aku masih boleh menulis untuk paper OB pada esok harinya. Pengajaran memang banyak pengajaran yang aku terima pada semester ini.

Apapun, Exam ku dah berlalu.

:: Cerita Tentang si Penyamal ::

Entri² ku sebelum ini memang berkaitan ngan si 'Penyamal'. [ Nota : aku mengelarkan orang itu sebagai penyamal, yang pasti 'Penyamal' bukan bahasa yang kotor].

Aku tahu dalam diam 'dia' membaca Teratak ini. Aku tak kisah, sekurang - kurangnya biarlah dia tahu. Bukan niat untuk mengaibkan sapa². Tapi hakikatnya, memang disini tempat aku untuk mencetuskan apa yang aku rasa.

"laut mana tidak bergelora"

Memang aku terasa. Kalau nak diikutkan hati

...tapi sampai bila.

Dia...
"Sudah dapat si gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi"

Tiada ulasan: