Sabtu, 8 November 2008

Tercalar

Minggu nie adalah minggu yang agak tegang bagi aku. Bukan darisegi kerja, sebab kerja – kerja ku buat masa ini Alhamdulillah.

Membaca entri ku pada minggu nie agak beremosi sedikit dan aku minta maaf kerana mungkin membosankan tapi disinilah [ Teratak ] tempat aku untuk menyatakan segalanya.

Bagaikan tidak percaya, bila orang yang kita percayai selama ini rupanya bersandiawara. Hipokrit atau dalam bahasa lain yang mudah untuk difahami bermuka – muka. “Lebih baik terus terang daripada mengelak”. Mudah!.

Aku minta maaf awal – awal andai apa yang aku tulis ini agak keterlaluan hingga ada yang merasa kenapa begitu mudah untuk membuat tafsiran dan andaian awal tanpa melihat serta menyelidiki perkara ini terlebih dahulu. Buktinya apa?

Sudah ditanya. Sehinggakan timbul keraguan yang mencatatkan ‘nilai kepercayaan’ yang pernah diberikan selama ini. Tercalar.

Siapapun mungkin pernah mengalami perkara ini. Mungkin dengan kawan baik, mungkin juga dengan insan yang kita sayangi, atau mungkin dengan sesiapa saja.

Apa yang dirasa? Sukarkan untuk diterima.

1 ulasan:

Kamrie berkata...

kenape tercalar ni bro....
be cool bro...:D




REGARDS,
-Muzri a.k.a Muyie -
Kamrie Corporation
+6012-6656874
http://www.saudagarceramic.com/kamriecorp
#BISNES FRANCHISE JOIN JE DAPAT CEK!!