Khamis, 27 November 2008

Tiada kata Secantik Bahasa

Terima kasih pada rakan - rakan yang tidak keberatan untuk singgah D'Teratak ini. Terima kasih juga pada rakan - rakan yang selalu bertanyakan khabar bilakah akan di'update' Teratak ini. Dan ada juga yang mengatakan entri² sebelum ini berisi 'emo'. He3x. Sememangnya begitulah keadaannya.

Hidup kan ada pasang surutnya. Hari ini kita gembira, mungkin esok kita akan berduka. Lumrah kehidupan.

Disini aku bebas untuk mengekpresi diri. Tika aku suka atau sebaliknya.

2 hari lepas aku benar² ter'sepit' oleh keadaan. Tapi syukur alhamdulillah semuanya selesai dan aku pula perlu menyelesaikan beberapa perkara itu kemudiannya.

Hari ini sesuatu telah berlaku, ya ! memang silap aku. Dan aku minta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan itu. Dan hari ini juga aku perlu bangkit dari kelemahan itu untuk terus kuat menghadapi hari esok dan hari - hari yang akan datang. Aku pasti aku boleh melakukannya.

meminjam kata - kata ini :

Hilang Cinta Hilang sedikit
Hilang Harta Hilang Separuh
Hilang Semangat Hilang semua

Tiada ulasan: