Jumaat, 5 Disember 2008

Biarkan sahaja

Pagi itu macam biasa pergi punch kad dan breakfast. Pergi IP untuk tapau nasi kuning dan makan di rumah. Kesibukan pagi di pejabat seperti biasa, masing – masing sibuk dengan kerja harian mereka termasuklah aku yang buat - buat busy. he3x.

Pagi itu, aku di bilik sebelah bersama laptop sibuk untuk menyiapkan sedikit senarai semak tugasan yang perlu dilakukan sepanjang cuti ini. Dalam pada itu aku teringatkan invoice yang telah diminta oleh pihak kewangan.

Nak dijadikan cerita, tika aku sibuk bertelefon ngan Miz Wong sempat gak aku perhatikan ci H [ Nota : Bukan nama sebenar ] sedang sibuk dengan HP untuk ber'sms'. Entah dengan sapa.

Selesai urusan aku ngan Miz Wong aku balik ke bilik sebelah, then HP aku yang tengah ber'charging' berdering menandakan ada SMS masuk. Bagai tak percaya bila baca SMS tu sebab ingatkan ianya satu gurauan. Sedangkan baru sekejap tadi dia ada kat opis.

"Salam...aku berhenti kerja"

Aku called. Tengah kemas barang katanya. Aik ?!!! pelik kenapa pula tiba - tiba 'berhenti kerja'. Katanya nak berehat. Alasan yang diberikan tak masuk akal. Peliknya, tak ada angin tak ada ribut tiba - tiba jak buat keputusan macam tu. Aku slowly talk ngan dia. Minta dia jangan berhenti.

"Jangan halang aku" katanya.

Time dia mengemas tu, aku bekeras juga tak nak bagi beg pakaian dia, tapi nampak sangat dia bersungguh - sungguh untuk mengemaskan semua barang - barangnya. Memaksa supaya aku menyerahkan beg itu pada dia. Aku pun malas melayan perangainya. Aku perhatikan jak dia kemas barang. Bila aku tanya kenapa berhenti. Jawapan di bagi..."aku mau berehat".

Namun di fikiran ku masih lagi bermain 'persoalan' kenapa dia berhenti secara tiba - tiba. Sehingga entri ini tertulis tiada jawapan sebenar dari dia.

Adakah aku salah cakap ngan dia?!!

Tapi seingat aku tak ada pun aku cakap apa - apa ngan dia. Tak tau lah pula kalau ada yang dia terasa hati...tapi mungkin sebab lain nie.

Sudahlah tak cukup orang nak buat semua kerja - kerja time cuti nie, dia pula nak berhenti. Nak cari SKP lain untuk ganti pun 'berkemungkinan' ada atau tiada. Sabar.

2 hari sudah berlalu. Tinggal 2 orang SKP yang masih ada membuat kerja - kerja yang ada. Harap semuanya akan berjalan seperti yang dijadualkan. Aku juga ada cuba untuk memujuknya bekerja semula. Tapi mungkin semua usaha ku itu tidak akan berhasil. SMS dan Call semuanya tidak berjawab.

Akhirnya aku terfikir biarkan dan lupakan sahaja.

1 ulasan:

RoyZard berkata...

Jul nie address blog aku yang baru http://royzard.blogspot.com/ ko add aku balik. Hehehehe. Anyway Happy New Year in advance.